Benar bahawa al quran telah menyatakan bahawa bahagian anak lelaki bersamaan dengan dua bahagian anak perempuan sepertimana dalam firman Allah SWT:

“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.” (an nisa’: 11)

Tetapi ada sesetengah kelompok yang mengambil kesempatan atas dasar memperjuangkan hak wanita memanipulasi ayat ini dengan menyatakan bahawa Islam telah membezakan di antara hak lelaki dengan wanita dengan menganggap bahawa ia adalah satu kaedah umum yang digunapakai dalam sistem warisan.

Jika kita perhatikan dalam ayat tersebut, kaedah tersebut hanyalah jika ada waris daripada anak lelaki dan anak perempuan . Ia bukanlah kaedah umum untuk semua lelaki untuk mendapat lebihan dalam sistem ini.

HIKMAH TUHAN

Sistem warisan ini telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam al quran secara tepat. Sudah tentu ada hikmah dan tidak dapat dipertikai kerana ia adalah susunan Allah SWT. Ada tiga perkara yang perlu disebutkan untuk menyatakan bahawa timbangan yang digunakan bukanlah berasaskan jantina, tetapi ia berasaskan tiga perkara:

PERTAMA: BERDASARKAN HUBUNGAN MANA YANG PALING DEKAT

Ini kita dapat perhatikan iaitu apabila hubungan kekeluargaan dengan si mati lebih akrab, maka dialah makin akan mendapat lebih. Manakala jika makin jauh hubungan kekeluargaan, ia akan memperolehi semakin sedikit tanpa mengira jantina warisnya.

KEDUA: BERGANTUNG KEPADA WARIS YANG AKAN MENYAMBUNG ZURIATNYA

Generasi waris yang dapat menyambung zuriatnya dan akan hidup dengan lebih lama akan mendapat lebih daripada mereka yang sudah berumur ataupun yang berada di belakang keluarga. Ini juga kerana mereka yang di hadapan akan menanggung tanggungan lebih banyak berbanding mereka yang berada di belakang.

Misalnya anak perempuan akan mendapat lebih dari ibunya setelah kematian si ayah sedangkan kedua-dua mereka adalah dari jantina yang sama. Begitu juga anak lelaki yang akan dapat lebih berbanding ayahnya sedangkan mereka juga dari jantina yang sama.

KETIGA: TANGGUNGAN LELAKI LEBIH BANYAK DARIPADA WANITA

Mungkin dasar ini ada sedikit terkait dengan masalah lelaki dan wanita. Tetapi jika dilihat dengan adil, tidak ada berat sebelah atau kezaliman terhadap hak perempuan. Malah sebaliknya mungkin betul!!..

Anak lelaki mempunyai tanggungan lebih banyak berbanding anak perempuan. Isteri anak-anak dan selainnya semuanya di bawah tanggungan anak lelaki. Tetapi anak perempuan adalah di bawah tanggungan suami atau ayahnya. Ini desebabkan lelaki diberatkan untuk menanggung perempuan dari sudut harta dan lain-lain.

BEBERAPA KEADAAN(daripada kitab dr. Mohd Imarah)

1- Ada empat keadaan sahaja perempuan mendapat setengah bahagian lelaki.
2- Banyak lagi keadaan perempuan yang mendapat bahagian sama dengan lelaki.
3- Ada lebih kurang sepuluh keadaan atau lebih perempuan mendapat bahagiannya lebih daripada lelaki.
4- Ada juga keadaan perempuan mendapat bahagian tanpa ada baki kepada lelaki.

Lihatlah berapa banyak keadaan dalam sistem warisan atau faraid yang menyebelahi perempuan. Allah SWT telah menetapkan sesuatu dan dia tahu hikmah di sebalik ciptaannya. Hanya manusia tidak berilmu dan pentingkan hawa nafsu yang akan menolak keagungan Islam.
Kejadian manusia adalah untuk menerima hakikat kehambaan dan tunduk kepada tuhan setiap masa dalam semua perkara walaupun melangkau peredaran zaman. Hakikat kurniaan tuhan ada yang bersifat thawabit(tidak boleh berubah) dan mutagayirat(menerima perubahan). Lengkaplah agama islam sebagai satu-satunya agama yang sempurna. Firman Allah ta’ala:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (al anbiya’ : 107)

PERMODENAN

Membawa erti pembaharuan dalam sesuatu perkara. Adakah islam menerima pembaharuan atau permodenan? Tidak kira sama ada tajdid dari sudut peralatan atau wasilah, fikrah atau pandangan dan pendapat dalam agama berdasarkan peredaran zaman. Soalan yang mungkin biasa bagi kita. Namun tidak dapat diterima oleh sebilangan masyarakat.

MENCARI HAKIKAT PERUBAHAN

Makhluk yang dicipta Allah SWT banyak membuat perubahan bermula dari zaman nabi Adam AS hingga kini. Banyak yang telah berubah secara amnya.. Ustaz Muhammad Abduh di dalam kitab karangannya (islam dan nasrani, antara ilmu dan agama) menyebutkan mauqif ahli gereja pada satu ketika dalam mempertahankan pandangan mereka dan menolak ilmu dan kemajuan.

Seorang saintis berdasarkan hasil kajiannya menyatakan bahawa pelangi bukanlah busur panah dari tuhan untuk menghukum sesiapa yang dia kehendaki, bahkan ia adalah daripada pantulan cahaya matahari pada titisan-titisan air. Maka beliau dibawa ke Rom dan dipenjarakan sehigga menemui ajal. Kemudian dibakar bersama buku-bukunya.

Beberapa orang saintis Amerika menemukan teori berkenaan penggunaan dadah kepada perempuan ketika melahirkan anak supaya tidak berasa sakit. Namun mereka mendapat tentangan hebat daripada pihak gereja kerana bertentangan dengan kandungan taurat bahawa ia akan membebaskan perempuan daripada laknat kerana hakikat kesakitan dalam melahirkan anak. Sedangkan orang Islam telah menemukan teknik perubatan dengan suntikan di bawah kulit. Kemudian teori ini disebarkan ke eropah pada tahun 1721.

Begitu juga dengan teori bentuk muka bumi dan permulaan kematian yang mendapat tentangan hebat daripada pihak gereja yang jumud dalam pandangan perubahan sehingga pada tahun 1481 hingga 1499, mahkamah eropah telah membakar hidup-hidup 10,220 orang dan ramai lagi dengan hukuman yang berbeza.

KETERLALUAN...!

Penerimaan kepada sesuatu yang baru tidak bermakna perlu menolak perkara lama. Ada juga golongan manusia yang menerima pembaharuan dan kemajuan tanpa asas timbangan yang benar tanpa batas. Segala kemajuan dianggap lebih baik dari sebelumnya. Bermakna setiap kelahiran hari ini lebih baik daripada sebelumnya tidak kira dari sudut pandangan, fitrah, taqlid dan syariat. Mereka mahu membuat perubahan dalam semua perkara tanpa mengendahkan perkara-perkara thabit dengan menundukkan fitrah manusia kepada setiap kemajuan.

Fitrah manusia tidak akan berubah sama-sekali. Perubahan hanya pada cara memenuhi fitrah tersebut. Manusia tetap lapar dahaga, perlu makan dan minum. Kalau dahulu manusia hanya makan makanan mentah daripada haiwan dan tumbuhan, kemudian boleh memasak dengan menggunakan kayu api, kemudian dapat menghasilkan minyak dan selepas itu elektrik. Namun tabiat manusia tetap sama.

Seperti yang kita dengar tentang isu songsang Aminah Wadud membenarkan kaum wanita menjadi imam solat berjamaah. Agama jelas menyatakan bahawa imam hendaklah dikalangan lelaki, juga termasuk syarat-syarat menjadi imam solat kecuali jika makmum hanya dikalangan wanita. Atas dasar kebebasan dalam berijtihad berdasarkan zaman, maka diperbolehkan tanpa mengkaji asal hukum tersebut. Pemikiran tanpa batas akan memandu manusia kepada keterbukaan tanpa had.

Begitu juga golongan-golongan yang terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran barat moden seperti sekularisma, liberalisma dan lain-lain tanpa mengambil peduli selok belok dalam beragama. Agama dipisahkan dari urusan dunia secara total sepertimana pepatah arab: “Apa yang dilakukan untuk qaisar hanya berhak bagi qaisar, dan apa yang dilakukan untuk allah hanya berhak bagi Allah” bertentangan dengan agama Islam yang menyeru kepada nilai kehambaan dalam setiap perkara dan setiap masa.

WASATIAH

Peningkatan kemajuan sebenar pemangkin dalam tamadun Islam yang menapis setiap pembaharuan merujuk kepada dasar al quran dan sunnah. Tidak melampau dalam menerima sebarang pendapat dan tidak terlalu ambil mudah dalam setiap perkara. Sumber-sumber asli tidak boleh ditinggalkan walaupun dunia ditelan zaman. Tetapi perkara-perkara furu’ fiqhiyah, juziyah dan wasilah bersifat dinamik. Allah SWT tidak menyempitkan hambanya dengan perkara-perkara yang menyusahkan dan berat.

Bukankan dahulu mimbar nabi hanya dibina daripada pelepah tamar kemudian berubah rekabentuk seperti yang kita dapat lihat pada hari ini. Begitu juga dengan mushaf yang hanya berbentuk hafalan dan kertas-kertas ringkas dan kemudian dikumpul dan dicetak. Azan juga kini dikumandangkan dengan pembesar suara yang tidak ada pada masa dahulu.

Agama Islam menerima perubahan berdasarkan maslahah mengikut zaman tanpa mendahulukan maslahah atau akal daripada nas-nas agama. Bahkan dalam urusan dunia nabi SAW bersabda: “Kamu lebih mengetahui tentang urusan duniamu”. Bermakna pembaharuan dalam urusan dunia dibenarkan dalam segala bidang seperti perubatan, pertanian, pengurusan rumah dan lain-lain.

Apakah kita masih bersikap jumud dalam menerima pembaharuan sehingga negara-negara barat memandang sebelah mata kepada negara-negara islam?.. Apakah kita pengamal keterbukaan melulu sedangkan Allah SWT melarang hambanya mengambil sistem selain Islam? Biar kita maju berperingkat, bukan terbenam dengan pangkat. Baru terserlah ketinggian islam tanpa had.
Nyawa Islam masih dalam bahaya. Ombak musibah masih lagi menapis umat Islam dengan mengorbankan beribu-ribu nyawa. Kematian umat Islam bukan sahaja mengurangkan bilangan tentera mujahid-mujahid Islam, tetapi ia juga melayangkan jiwa-jiwa umat islam biasa.

Pertamanya ialah kematian dalam pergolakan dan peperangan yang berlaku atas dasar permusuhan agama yang telah merobek dan menjajah beberapa negara islam. Kedua ialah dengan kematian yang berlaku disebabkan kejahilan umat islam sendiri dengan permusuhan sesama sendiri. Ketiga ialah kematian dalam musibah bala bencana alam dari Allah ta’ala seperti gempa bumi, banjir dan lain-lain lagi.

Dengan ketiga-tiga bentuk kematian ini sebenarnya boleh mengurangkan kuantiti umat islam dengan pesat.

ADAKAH KUANTITI PENTING BAGI ISLAM?

Kuantiti umat sebenarnya amat penting dalam proses kebangkitan islam dan agama islam sebenarnya menggalakkan proses penambahan umat. Tetapi ia mestilah seimbang dengan penekanan nilai dan kualiti. Jika tidak, kuantiti tidak akan bermakna.

Al quran mencela golongan majority apabila di dalamnya hanya diisi dengan orang-orang yang tidak berakal, tidak berilmu dan tidak bersyukur seperti apa yang disebutkan di dalam al quran dalam beberapa ayatnya.

“…akan tetapi kebanyakan mereka tidak memahaminya.” (al ankabut: 63)

“…akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (al a’raf: 187)

“…akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.” (hud: 17)

“…akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (al baqarah: 243)

Hadis nabi SAW juga menggesa supaya memperbanyakkan jumlah umatnya dalam sabdanya:

“Menikahlah kamu, kemudian berketurunanlah agar jumlah kamu menjadi banyak kerana sesungguhnya aku bangga dengan jumlahmu yang banyak atas umat-umat yang lain.”

Jadi, bilangan manusia yang banyak hanya menempah kesusahan dan huru-hara jika tidak ada orang-orang soleh dan beriman serta mampu bergerak meningkatkan kualiti syakhsiah umat. Paling penting ialah memperbanyakkan golongan mukmin yang soleh dan faham tujuan hidup mereka, bukan yang merosakkan hidupnya dan masyarakat. Tidak bermakna kuantiti tanpa kualiti.

MENDIDIK KUANTITI KEPADA KUALITI

Kuantiti umat yang kita miliki sekarang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan adat yang berbeza. Namun kepelbagaian ini mempunyai guru dan panduan yang satu iaitu al quran.

Kualiti yang kita maksudkan ialah dengan menjadikan diri kita dan umat islam seluruhnya beramal dengan ajaran islam yang sebenar bermula dari kefahaman yang benar. Bukan hanya menganut pada nama tetapi mestilah dengan iman yang tidak ada padanya keraguan dan syak. Eloklah kita berfikir tentang beberapa firman Allah SWT sebagai nuqtah intilaq dalam proses tarbiah.

1- IKHLAS
Firman Allah SWT: “Katakanlah sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadanya dalam (menjalankan) agama.” (az zumar: 11)

2- BERAMAL

Firman Allah SWT: “ Mengapa kamu suruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu lupa(kewajipan) diri kamu sendiri padahal kamu membaca al kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”. (al bawarah: 44)

3- TAAT
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin apabila ia dipanggil kepada Allah dan rasulnya agar rasul dihukum dan mengadili di antara mereka ialah dengan ucapan “kami dengar dan kami patuh”. Dan itulah orang-orang yang beruntung.” (an nur: 51)

4- PENGORBANAN
Firman Allah SWT: “Dan di antara manusia yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhoan Allah SWT dan Allah maha pengampun kepada hamba-hambanya.” (al baqarah: 207)

*ditulis pada tahun 2007
Suatu perkara yang tidak bersama ialah yang baik dan yang buruk. Biarpun keburukan melebihi kebaikan, namun masih berbeza. Walaupun yang baik itu sedikit. Itulah yang diwahyukankan oleh Allah SWT kepada Nabi SAW untuk diajarkan kepada umatnya.
Firman Allah SWT:

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.” (al maidah: 100)

BEZA BAIK BURUK

Perkataan “thoyyib” dan “khobis” dalam ayat di atas adalah umum. Merangkumi semua perkara yang baik dan yang buruk. Biarpun perkara yang boleh disentuh seperti makanan ataupun benda, atau benda yang tidak boleh disentuh seperti fikrah, perkataan atau nilai pandangan.

Benda yang baik iaitu perkara yang baik dipandang atau dapat memberi kebaikan kepada kita. Adapun benda yang buruk ialah perkara yang tidak elok dipandang dan dapat memberi keburukan kepada kita.

BIARPUN BANYAK BURUKNYA

Ramai manusia yang tidak dapat membuat penilaian yang baik tentang masalah ini. Apabila manusia hidup dalam kehidupan dunia yang mempunyai banyak keburukan. Tambahan apabila dia hidup dalam suasana yang tidak membina iman. Adakah dia akan menjadi seperti lalang yang ditiup angin.

Yang baik tetap baik walaupun sedikit. Biarpun dengan senyuman atau dengan membuang duri di jalan. Kerana itu nabi SAW melarang kita mengikut rentak biah yang buruk. Nabi SAW bersabda:

“Janganlah di antara kamu yang menjadi “imma’ah” yang berkata: Aku bersama manusia lain. Jika orang baik, aku akan jadi baik. Jika buruk akupun buruk. Tetapi tetapkan diri kamu semua. Jika orang lain baik, maka berbuat baiklah. Jika buruk, janganlah kamu melampau.” (thabrani, termizi)

"imma'ah" ialah singkatan daripada "ana ma'ah" yakni aku bersamanya.

Mungkin kita merasa mudah dengan masalah ini. Namun inilah punca kerosakan yang berlaku. Tidak dapat memilih jalan baik dan buruk.

Kes zina

Jenayah buang anak

Derhaka kepada ibu ayah

Terikut budaya luar

ULUL ALBAB

Banyak lagi fasad akan berlaku jika kita tidak bergerak mengajar dan mengajak manusia sehingga mereka dapat membezakan yang bain dan buruk. Jadilah mereka yang berakal sepertimana yang disebutkan dalam ayat di atas kerana ilmu dan kefahamanlah asas kepada timbangan islam.
Kita tidak menyangka bahawa setiap orang yang mahu menggerakkan sesuatu perlu mempunyai ilmu dan semua yang bergerak adalah dengan ilmu. Ilmu yang akan menggerakkan manusia dan menghidupkannya. Orang yang tidak berilmu ibarat orang mati. Begitu juga dengan orang yang berilmu tetapi tidak menggerakkan ilmunya untuk menghidupkan iman manusia. Ibarat air tepu tidak bergerak dan tidak mengalir membersihkan sampah dan kotoran.

IBARAT AIR

Mungkin sebahagian penuntut ilmu agama samada di Malaysia atau luar negara pernah mempelajari hukum toharah yang membincangkan tentang pembahagian air. Ada air yang suci menyucikan dan ada air yang suci tetapi tidak menyucikan.

Jika seorang pelajar agama biasa mungkin dia akan mengambil pembahagian ini dari sudut hukum sahaja dengan memahami 7 jenis air mutlak dan apakah air musta’mal dan sebagainya. Tetapi berbeza bagi seorang da’ei yang mempunyai tarbiah yang baik akan memahami dan mempelajari lebih dari itu.

Seorang da’ei dapat membuat kesimpulan luar biasa yang boleh menggerakkan iman dan dakwah. Bukan sekadar maklumat untuk diri sendiri. Segala-galanya akan dikaitkan dengan tarbiah dan dakwah. Antaranya ialah beliau akan berfikir bahawa salah satu ciri-ciri air yang suci lagi menyucikan ialah air yang mengalir seperti air sungai yang bergerak dan di antara ciri-ciri air yang tidak boleh digunakan untuk bersuci ialah air yang tidak bergerak dan tepu.

Maka beliau membuat kesimpulan bahawa seorang muslim perlu bergerak sepertimana air yang bergerak. Dapat memberi manfaat kepada manusia di samping dapat membersihkan diri sendiri. Sedangkan orang yang tidak bergerak tidak akan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Bahkan tidak dapat membersihkan diri sendiri apabila dimasukkan najis ke dalamnya.

Firman Allah SWT:

“dan kami turunkan air dari langit untuk menyucikan. Agar kami menghidupkan dengan air itu tanah(negeri) yang mati dan agar kami member minum dengan air itu sebahagian besar dari makhluk kami, binatang ternak dan manusia yang banyak.” (surah al furqon)

Syed Qutb mengatakan dalam fi zilal:

“Allah SWT mahukan kehidupan yan suci bersih iaitu dengan menyucikan bumi dengan air yang suci yang mampu membangunkan kehidupan pada yang mati dan memberi minum manusia dan haiwan. Berkenaan dengan topik ini membentangkan tentang kesaksian alam kepada al quran yang juga turun dari langit untuk membersihkan hati dan jiwa. Bagaimana manusia suka menerima air untuk membersihkan tubuh badan sedangkan tidak suka untuk mengambil al quran untuk membersihkan hati dan jiwa!”

Alangkah beruntungnya orang yang berada dalam sistem tarbiah. Kefahaman harakah dapat dicetuskan hasil perbincangan lewat halaqah atau aktiviti-aktiviti lain. Biarpun ilmu yang diambil sedikit. Namun asas kefahaman yang terbina jelas membentuk fikrah dan cara berfikir bagaimana membentuk diri dan orang lain.

YA ALLAH,

JADIKANLAH KAMI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL KEPADAMU,

JADIKANLAH KAMI ORANG YANG BERFIKIR KERANAMU DAN KEPADAMU,

BERIKANLAH KEKUATAN UNTUK TETAP THABAT DI JALAN INI,

TIADA KEKUATAN MELAINKAN SEMUANYA DARIPADAMU YA ALLAH!
Banyak perselisihan berlaku kebelakangan ini. Tidak pasti salah faham atau fitnah penyakit hati yang terbawa-bawa oleh manusia berjiwa dangkal. Samada mereka ini tidak tahu ataupun tidak mahu tahu manakah benar dan manakah salah sehingga tidak dapat mengenalpasti baik buruk. Tambahan pula ia berlaku di kalangan umat islam yang mempunyai ukhuwah berpaksikan keimanan kepada Allah dan Nabi SAW.

Apa yang pasti setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Pasangan suami isteri sahaja sudah cukup untuk menjadi contoh bagi menunjukkan perbezaan pendapat di dalam sebuah rumah tangga. Ulama’ juga saling berselisih pendapat dalam masalah hukum. Masing-masing mengemukakan hujah dan dalil sendiri untuk memperkuatkan pandangan mereka.

Firman Allah SWT:

“Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.” (Hud: 118)

Para ulama’ menafsirkan bahawa mereka yang akan sentiasa berselisih adalah di kalangan muslim dan kuffar atau di antara yang benar dan yang batil. Namun perbezaan juga berlaku sesama muslim yang memperjuangankan agama Allah. Sebenarnya, perbezaan dari sudut wasilah dan wajihah dakwah bukan mununtut perpecahan, tetapi dapat ia membawa kepada kematangan dan kebersamaan supaya saling lengkap melengkapi.

Tetapi yang pasti perselisihan ini tidak boleh membawa kepada pertengkaran dan pecah belah. Kita perlu membezakan di antara ikhtilaf tanawwu’(pelbagai) atau pun tadhood(berlawan). Syed qutb ada menyatakan dalam fi zilal bagi ayat 213 surah al baqarah:

“Di sini jelaslah satu hakikat yang besar bahawa daripada tabiat manusia itu saling berikhtilaf kerana ikhtilaf adalah daripada asal penciptaan manusia sebagai hikmah yang besar untuk mendapat kekuasaan di atas muka bumi ini. Khilafah ini memerlukan tugas yang berbeza-beza dan persediaan dari setiap segi supaya semua saling lengkap melengkapi dan bergabung” (fi zilal quran)

Penyelesaian

Islam adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Jika ada perselisihan faham, maka kembalilah kepada al quran dan sunnah kerana inilah sumber kita. Firman Allah SWT:

“Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. “ (an nisa’: 59)

Bermakna setiap penyelesaian perlu merujuk kepada dua sumber ini. Menggunakan prinsip-prinsip islam dan kaedah-kaedah yang syar’ei. Tidak kira dari aspek adab, akhlak mahupun hukum. Bukan mengikut akal sendiri yang terhad dan hawa nafsu membabi buta.
Kepelbagaian organisasi dan kumpulan-kumpulan dakwah menyebabkan masing-masing mendakwa bahawa mereka ialah yang terbaik dan yang paling dekat dengan Islam. Suasana ini memberi kesan yang amat mendalam kepada masyarakat dalam memahami tujuan dakwah dengan jelas. Tidak perlu dinafikan kerana sudah banyak mereka yang ingin berkorban untuk Islam tetapi terkorban kerana matlamatnya tidak jelas. Ataupun mereka merasa matlamat yang sedang mereka perjuangkan adalah jelas tetapi sebenarnya berpunca daripada hasil fahaman yang syubhah.

PAHLAWAN NERAKA

Syarat penerimaan amalan dalam ibadah ialah ikhlas. Setiap perkara yang dilakukan tanpa ikhlas tidak akan diterima Allah SWT. Boleh jadi juga bercampur unsur syirik jika niat disertakan dengan selain Allah SWT. Fudhail bin ‘Iyadh berkata:

“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’ dan beramal kerana mansia adalah syirik. Ikhlas adalah apabila Allah SWT membersihkan kamu dari keduanya” (al kabair oleh az Zahabi)

Ada juga satu kisah disebut dalam sohih bukhari tentang seorang sahabat yang bernama Qozman yang berperang dalam satu peperangan:

“…dalam barisan muslimin juga terdapat seorang lelaki yang tidak berjumpa musuh kecuali ia membunuhnya sehingga ia terbunuh.

Para sahabat berkata kepada Rasulullah SAW: “Tidak seorangpun yang dapat berbuat seperti fulan ini.”

Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya dia adalah ahli neraka”.

Pada akhir hadis Rasulullah SAW bersabda:

“bahawa seorang lelaki beramal dengan amalan ahli syurga seperti yang dipandang manusia sedangkan dia ialah ahli neraka” (sohih bukhari, bab perang khaibar, 4202)

TERSASAR WALAUPUN BERSAMA

Dalam kitab Fathul Bari ada disebutkan bahawa Qatadah bin Nu’man melintasi Qozman ketika sedang berperang.

“Tahniah pada kamu dengan syahid(jika kamu mati syahid)” Qatadah menyapa.

“Demi Allah aku tidak berperang kerana agamaku, tetapi aku berperang kerana kaumku”.

Ikhwah yang dirahmati Allah,

Kita perlu menetapkan tujuan dengan jelas supaya kita tidak tersasar daripada Islam. Jika kita berjuang dalam salah satu jamaah daripada jamaah islam, kita perlu faham ia adalah salah satu wasilah bagi melaksanakan tujuan asal iaitu islam. Jangan berjuang kerana wasilah atau jamaah, tetapi berjuanglah kerana Islam.

Inilah seruan para nabi yang hanya menyeru manusia kepada Allah walaupun berbeza kaum dan bangsa. Menyeru kepada adab dan akhlak islam serta beramal dengan hukum islam. Darah kita hanya untuk jamaah islam, bukan untuk jamaah daripada jamaah islam. Jangan sasarkan matlamat kita dengan penjajahan pemikiran syaitan kerana ia akan mencemarkan keikhlasan dalam berjuang.
Da'ei merupakan salah satu rukun daripada rukun-rukun dakwah. Rukun ini merupakan rukun yang penting dalam melaksanakan kerja amal dakwah. Kerana rukun inilah yang mendukung rukun pertama iaitu risalah dakwah atau Islam dan juga yang akan mempengaruhi rukun yang ketiga iaitu mad'u.

Kejayaan dakwah tercapai apabila da'ei berjaya menguasai rukun pertama dan berjaya menyampaikan kepada rukun ketiga. Hasil kejayaan dapat dilihat apabila kita berjaya melihat perubahan pada mad'u. Ramai yang beranggapan bahwa risalah islam hanya cukup apabila disampaikan tanpa mengambil peduli keadaan perubahan pada mad'u. Tanpa peduli dan mutaba'ah, keupayaan para da'ei tidak dapat dinilai dan ditingkatkan.

LEMBUT TIDAK BERERTI DIAM

Ada golongan yang menyangka bahawa dakwah ialah dengan bergaul atau bercampur dengan orang lain dan hanya bersabar dengan kerenah manusia. Tidak kira samada dengan orang baik atau buruk ataupun dalam perkara haqq atau batil. Mereka menyandang kepada hadis Nabi SAW:

"Sesungguhnya seorang muslim adalah yang bercampur dengan manusia dan bersabar dengan kesakitan adalah lebih baik dari seorang muslim yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar dengan kesakitan". (Tarmizi dan Ibnu Majah)

Sheikh Solah Fattah al Khalidi menyatakan bahawa lembut bukan bererti diam. Sebahagian da'ei yang menyertai majlis-majlis mungkar hanya diam seakan-akan mereka tidak mendengar dan mengetahui tentang apa yang berlaku. (Kitab Taswibat)

DAKWAH MUSA AS

Firman Allah SWT:

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;"

"Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut". (Tooha: 44)

Imam al Qurtubi menyatakan bahawa amr bil ma'ruf wannahu 'anilmungkar perlulah dengan cara berlemah lembut kepada orang mempunyai kekuatan. (Tafsir Qurutubi)

Ucapan yang lembut ialah ucapan yang tidak kasar dan terang dengan kebenaran. Allah SWT telah memberi arahan kepada Musa AS supaya bercakap secara lemah lembut kepada Firaun. Jadi setiap orang selain Musa AS lebih perlu mencontohi sikap ini di dalam ucapan dakwah mereka. (Mustafad, Abd Karim Zaidan)

Peringatan yang lembut bukan dengan menegah atau melarang tanpa hikmah. Tetapi hendaklah berasaskan firman Allah SWT:

"…mudah-mudahan ia ingat atau takut" (Tooha: :44)

Supaya pemimpin ingat dan takut kepada Allah SWT. Bukan dengan hanya menyalahkan sifat dan perbuatan tanpa asas iman yang mengembalikan pemimpin kepada Allah SWT. Kebanyakan manusia menegur pemimpin hanya kerana maslahah sendiri dan tidak mengingatkannya tentang dosa akibat perilaku pemimpin tersebut.

LEMBUT HIKMAH

Pernah khalifah zaman abbasiah iaitu Abu Ja'far al Mansur mencari Imam at Thauri sehingga berjumpa dengan beliau di musim haji.

"Jika ada apa-apa berlaku jangan kau datang kepada aku. Kami akan berbincang dengan engkau dan akan menurut apa yang kau perintahkan dan kami akan melarang apa yang kau larang." Kata khalifah.

"Berapa yang kau belanjakan dalam perjalanan ini?" Tanya Imam.

"Aku tidak tahu dan aku mempunyai penjaga harta ini."

"Apakah alasan engkau apabila engkau berdiri di hadapan Allah SWT dan disoal tentang semua ini?. Nabi SAW bersabda: "Bagi orang yang menyalahgunakan harta Allah SWT dan Rasulullah SAW sesuka hatinya, maka kelak baginya neraka". Kata Imam at Thauri. (Taswibat)
"Saya bukan minum sampai mabuk. Sikit jer takkan tak boleh kot?".

"Tengok sekejap pon salah ker? Saya tengok jer perempuan tu. Bukan buat apa-apa pun!"

"Biarlah, bukan dia buat jahat pun, lagipun mencarut sikit-sikit tu apa sangat".

BATAS-BATAS ISLAM

Setiap perkara ada batasnya di dalam Islam. Halal haram yang ditentukan oleh Allah SWT. Biarpun perkara itu dipandang remeh oleh segelintir masyarakat, namun syariat Allah tidak boleh terpesong walaupun sedikit.

Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata dan di antara keduanya adalah perkara yang syubhat…". (Muttafaqun'alaih)

Imam Nawawi berkata: "Bahawa setiap perkara ada tiga bahagian. Seperti halal yang nyata seperti roti, buah-buahan, minyak dan lain-lain daripada makanan. Begitu juga dengan bercakap, melihat dan berjalan dari amal perbuatan halal yang nyata. Adapun haram yang nyata seperti arak, khinzir, bangkai dan air kencing. Begitu juga perbuatan zina, menipu, mengumpat dan yang seumpama dengannya". ('aunul ma'bud)

KAEDAH HARAM

Allah SWT telah menjadikan fitrah manusia dengan ada baik buruknya. Fitrah manusia dihiasai perasaan suka dunia dengan memenuhi kehendak syahwat. Ia juga merupakan pintu masuk syaitan paling mudah.

Arak diharamkan zatnya. Tetapi nabi SAW menegaskan bahawa setiap yang memabukkan juga adalah haram.

"Setiap yang memabukkan dengan mengambil secara banyak, maka diharamkan juga walaupun sedikit". (abu daud)

Arak adalah minuman yang boleh menyebabkan seseorang mengalami ketagihan. Sudah pasti minuman pertama disusuli dengan yang kedua dan seterusnya sehingga menyebabkan seseorang melampaui batas-batas yang ditetapkan syariat.

Begitu juga kajian yang mendapati kebanyakan anak yang ketagihan arak adalah disebabkan faktor sikap ibu bapa yang telah menjadi contoh dalam hal tersebut.

Generasi haram akan terus bersilih-ganti selagi ia tidak dibendung dari peringkat permulaan punca.

IKUT HARAM

Begitu juga dengan perkara-perkara haram yang lain. Boleh digunakan kaedah tadi kepada setiap perkara haram.

Melihat wanita dengan syahwat haram walaupun sedikit......kerana ia pasti akan diikuti dengan pandangan kedua dan seterusnya….

Orang yang sudah biasa mengambil rasuah walaupun sedikit sudah pasti akan menerima lebih banyak selepas itu……

Jika lidah seseorang mula mengungkap umpat caci, sudah pasti mulut akan terbiasa meluncurkan kata-kata kesat dengan mudah…..

Selalunya orang berjudi memang sukar berhenti walaupun tiada wang…..

FAHAM

Penyelesaiannya ialah kita perlu faham dan mengerti perkara halah haram dengan jelas supaya tidak terjebak dan tergelincir. Ketagihan nafsu menyebabkan perlanggaran batas-batas Islam seperti yang telah digariskan. Jangan bertindak mengikut kehendak, tetapi ikutilah batas-batas syarak.

"Alif, Laam, Miim."

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; "

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. "

"Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)."

"Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya." (al baqarah : 1-5)

SIFAT MUKMIN

Enam sifat mukmin di dalam ayat di atas:

1-Bertaqwa
2-Beriman dengan perkara ghaib
3-Mendirikan solat
4-Bersedekah atau infaq di jalan Allah
5-Beriman dengan kitab-kitab samawi(terdahulu)
6-Yakin dengan hari akhirat

Syed qutb berkata: "Terdapat kaitan dan hubungan di antara sifat-sifat tersebut. Itulah yang menggabungkan sifat-sifat membentuk kesatuan penggabungan lengkap-melengkapi. Maka taqwa merupakan perasaan hati dan keadaan dalaman yang melahirkan lorong-lorong dan amal. Menyatukan perasaan dalaman dan pergerakan luaran. Menghubungkan manusia dengan Tuhan dalam keadaan sembunyi mahupun nyata." (fi zilal)

GABUNGAN AMAL

Jika kita perhatikan, enam sifat mukmin di atas menggabungkan tiga jenis amal:

1-Amalan dengan hati
2-Amalan dengan jawarih(perbuatan)
3-Amalan dengan harta

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (al hujurat : 15)

AMAL DENGAN BERLAWANAN

Jika Allah SWT ada menyebut tentang sifat-sifat orang kafir dan munafiq, begitu juga Allah SWT senaraikan sifat-sifat orang mukmin. Sudah tentu sifat mukmin tidak sama dengan sifat kafir atau munafiq.

Taqwa menolak beramal dengan larangan-larangan Allah SWT dan menghindari maksiat…

Beriman dengan yang ghaib menolak kepercayaan-kepercayaan musyrikin yang tidak beriman dengan konsep dosa pahala…

Mendirikan solat menolak penyembahan tuhan-tuhan selain Allah SWT…

Infaq di jalan Allah menolak pembaziran harta ke jalan sia-sia…

Beriman dengan kitab-kitab samawi menolak dakwaan yahudi dan nasrani dan menyatakan bahawa Muhammad SAW adalah nabi terakhir dan wajib beriman dengannya…

Yakin dengan hari akhirat menolak kepercayaan-kepercayaan musyrikin yang tidak beriman dengan hari akhirat atau hari pembalasan…
Jalan dakwah tidak akan terhenti. Tidak pula akan mati kerana jiwa-jiwa janji ilahi akan terus bersilih ganti di bumi. Walaupun masa berjalan tanpa henti menyusuri pemergian jiwa-jiwa ulama dan syuhada'. Firman Allah:

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun". (al ahzab: 23)

Dasar dakwah adalah dengan ilmu dan amal. Tanpa kedua asas ini langkah dakwah boleh tergelincir umpama langkah mati. Jadi setiap da'ei perlu berjaga-jaga dalam setiap tindakan. Kejahilan dan bersegera dalam membuat keputusan tanpa ilmu dalam amr bil ma'ruf wan nahy 'anil munkar mungkin hanya mengundang padah,.

LANGKAH MATI

Boleh kita umpamakan seorang anak yang mahu mengusir seekor lalat yang sedang hinggap di atas kepala si ayah.

Apakah akan berlaku jika si anak menggunakan pemukul lalat dengan menampar lalat di kepala si ayah pada ketika itu?

Bagaimana pula jika ia menggunakan benda-benda keras seperti penukul besi atau raket?

Paling padah jika ia menggunakan senjata-senjata berbahaya yang boleh mencederakan kepala si ayah.

Mungkin dengan menggunakan peralatan-peralatan tadi dapat mengusir lalat tersebut. Tetapi apakah yang akan berlaku selepas itu? Adakah ia mengundang maslahah atau mafsadah? Inilah yang dinamakan langkah mati.

BERINGAT SEBELUM JADI

Kerana itu ilmu menjadi asas dalam setiap amal dakwah. Perubaan-percubaan dalam kerja ISLAH perlu diperbanyak dan dipelbagai. Tetapi kita perlu beringat bahawa penyelesaian perlu berpihak kepada maslahah bukan mafsadah.

Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan(ilmu) dan bukti yang jelas nyata". (Yusuf: 108)
Beberapa yang perlu diketahui bahawa pujian dan umpatan keji adalah sesuatu yang mempunyai halal haramnya pada hukum. Pernah nabi SAW ditanya tentang ghibah. Nabi SAW menjawab:

"Ia adalah apabila kamu menyebut tentang saudaramu dengan apa yang ia benci"

"Bagaimana jika perkara yang aku sebut itu memang ada padanya?" Tanya sahabat lagi.

Nabi SAW menjawab: "Jika perkara itu benar-benar ada pada saudaramu maka kamu telah mengumpatnya dan jika kamu menyebut perkara yang tidak ada pada saudaramu maka kamu telah membuat satu kebohongan kepadanya" (riwayat muslim)

Amalan ini juga dilarang sepertimana firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (al hujurat : 12)

Ibnu Abbas berkata: Jika kamu ingin menyebut tentang keaiban saudara kamu, sebutlah keaiban kamu dahulu. –ihya' ulumuddin

Imam Nawawi berkata di dalam kitab riyadus salihin : "Disuruh kepada orang yang mendengar umpat mengumpat supaya mencegahnya dan mengingkarinya. Jika ia tidak berupaya dan dia tidak dapat menerima maka lebih baik beredar meninggalkan majlis tersebut".

UMPATAN HALAL

Beberapa kelonggaran yang diberi dalam masalah ini. Di antaranya disebutkan dalam kitab ihya' ulumuddin:

1-Jika ingin mengubah kemungkaran kepada kebaikan. Dalam satu riwayat menyatakan bahawa pernah Usman RA tidak menjawab salam Umar RA. Lalu Umar pergi memberitahu kepada Abu Bakar RA. Maka Abu Bakar RA pergi membetulkan perkara tersebut.

2-Jika ingin bertanya atau mendapatkan fatwa. Sepertimana seseorang pergi menceritakan kepada qadi sesuatu masalah dan cara penyelesaiannya. Pernah Hindun bt Utbah berjumpa Nabi SAW dan bertanya:

"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Abu Sufyan(suamiku) seorang yang kedekut, bolehkah aku mengambil hartanya untuk keperluanku dan keperluan anak-anakku."

"Ambillah hanya dengan kadar yang mencukupi sahaja" kata Nabi SAW. (hadis Bukhari)

UMPATAN KE ATAS SI MATI

Hadis Muslim menyebutkan bahawa pernah SAW dan para sahabat berjalan melalui satu jenazah. Para sahabat pun memuji dengan mengatakan kebaikan si mati. Rasulullah SAW pun bersabda tiga kali: "Benar syurga baginya!" Kemudian melintas jenazah kedua. Para sahabat menyatakan keburukan si mati. Rasulullah SAW pun bersabda tiga kali: "Benar neraka baginya!" setelah ditanya oleh Umar RA, baginda SAW menjawab:

"Barangsiapa yang disebutkan kebaikan ke atasnya maka berhak baginya syurga dan barangsiapa yang disebutkan keburukan ke atasnya maka berhak baginya neraka".

Mungkin kita pernah mendengar hadis nabi melarang daripada mengeji si mati. Tetapi imam Nawawi di dalam syarahnya ada menjawab tentang masalah ini.

"Adapun tegahan mengeji atau menyebut keburukan si mati hanya pada selain orang munafiq dan orang kafir. Iaitu pada orang yang tidak zahir padanya kejahatan atau bid'ah yang dilakukan. Adapun pada mereka(orang fasiq dan munafiq) tidak diharamkan menyebut keburukan mereka supaya berjaga-jaga daripada mengikut haluan mereka." (minhaj fi syarhi sohih muslim)
Sejarah telah membuktikan bahawa islam adalah agama yang paling sesuai dengan fitrah manusia. Kesesuaian islam merangkumi kepercayaan, akhlak dan dari sudut syariat. Walaupun tuntutan puasa dalam tempoh sebulan berturut-turut sejarah islam membuktikan kepada dunia bahawa umat islam mampu berinteraksi dengan dunia melebihi bulan-bulan yang lain. Mungkin dunia Islam kini perlu mengambil iktibar daripada generasi sahabat yang mampu mengekalkan keperibadian dan mengharumkan nama Islam pada bulan yang mulia ini.

Bulan sabar mengajar erti mujahadah dalam berjihad pada peringkat permulaan Islam. Melahirkan keperibadian rabbani yang ikhlas memahami kehendak dan larangan tuhan. Beberapa peribadi dan mauqif daripada BADAR banyak memberi pengajaran dan iktibar buat umat Islam.

KELENGKAPAN PERANG

Tidak dapat dinafikan persediaan ketenteraan quraisy pada ketika itu lebih besar jumlahnya dengan peralatan ketenteraan yang hebat dan mencukupi. Bayangkan jika 313 tentera Islam ingin bertembung dengan 1300 tentera quraisy. Bilangan yang terlalu sedikit berbanding tentera musuh yang dikepalai oleh Abu Jahal. Bergeraklah tentera quraisy keluar dari Mekah dengan lagak dan sombong. Firman Allah SWT:

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riak kepada manusia serta menghalangai orang dari jalan Allah. Dan ilmu Allah meliputi apa yang mereka kerjakan". (al anfal : 47)

CINTA SAWAD BIN GHAZIAH

Ketika Rasulullah SAW meluruskan saf BADAR dengan memegang sebatang kayu membetulkan saf umat islam. Rasulullah SAW mendapati Sawad bin Ghaziah terkeluar sedikit daripada saf BADAR.

"Sawad, betulkan safmu!" kata Nabi SAW sambil menekan perut Sawad dengan batang kayu tadi.

"Wahai Rasulullah, engkau telah menyakitiku. Biar aku membalas balik apa yang kau lakukan terhadapku". Kata Sawad mengharap.

Rasulullah SAW pun menyingkap bajunya untuk dicucuk oleh Sawad dengan batang kayunya. Apa lagi, Sawad pun terus memeluk perut baginda dan mengucupnya bertubi-tubi.

"Mengapa engkau berbuat begini wahai Sawad?"

"Aku mahu menjadikan detik-detik akhir aku di mana kulit aku dapat menyentuh kulitmu". Balas Sawad.

Kemudian Rasulullah SAW pun mendoakan kebaikan kepada Sawad.

KEHIDUPAN YANG PANJANG.

Semasa tentera musuh semakin hampir. Rasulullah SAW bangun memberikan semangat kepada saf BADAR supaya mereka sentiasa ingat dengan kemenangan dan ganjaran di sisi Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan syurga bagi orang yang syahid di jalannya!!!" kata SAW mencorak semangat kepada tentera BADAR.

Tiba-tiba Umair bin Hammam muncul dan berkata:

"Wahai Rasulullah, adakah syurga seluas langit dan bumi?"

"Ya!" jawab baginda SAW.

"Aku berharap dapat menjadi daripada ahlinya".

"Engkau adalah daripada ahlinya". Sabda SAW.

Kemudian Umair mengeluarkan beberapa tamar daripada uncangnya sambil memakan tamar tersebut. Kemudian beliau menyebut:

"Sampai bila aku nak makan tamar ini. Sesungguhnya ini adalah satu kehidupan yang panjang". Lalu Umair mencampakkan tamar-tamarnya dan terus meluru ke medan peperangan dan berperang sehinggalah beliau syahid.

KEBERANIAN 'AUF BIN HARIS

Manakala 'Auf bin Haris pula bertanya kepada SAW.

"Wahai rasulullah SAW, apakah yang mengetawakan tuhan daripada tindakan hamba-hambanya?"

"Seseorang yang bergelut dengan musuhnya secara terdedah". Jawab nabi SAW.

Lalu 'Auf bin Haris menanggalkan dan mencampakkan baju besinya lalu mencapai pedang dan terus berperang sehinggalah beliau syahid.

MUAZ DAN MU'AWWIZ

Abdul al-Rahman bin Auf menceritakan: "Sesungguhnya daku di dalam saf peperangan Badar, bila aku memerhatikan di hadapan, aku dapati di kiri dan di kananku dua orang belia masih muda, daku bagaikan tidak berasa selamat terhadap diri mereka". Salah seorang dari mereka bertanyakan padaku dan meminta merahsiakan penyataannya itu dari kawannya yang seorang lagi, katanya: "Pak Cik tunjukkan saya mana dia Abu Jahal", jawabku: "Anakku! Apa yang kamu hendak buat dengannya?" katanya pula: "Saya mendapat tahu yang ianya selalu memaki Rasulullah s.a.w" tambah beliau lagi: "Demi Tuhan yang nyawa ku di tanganNya, kalaulah aku ternampaknya nescaya diri ku tidak akan renggang dari dirinya, kecuali kematian sahaja yang akan meragut mana-mana satu yang lebih segera ajalnya, aku kehairanan dengan sikapnya itu". Kata Abdul al-Rahman lagi: "Sekali lagi aku dikerling oleh pemuda yang seorang lagi dengan isyarat sambil beliau berkata kepadaku seperti pemuda yang pertama juga, daku pun terus memandang-mandang ke arah Abu Jahal yang terkial-kial di tengah-tengah orang ramai", dan ku berkata kepada mereka berdua: "Kamu tengok tak? "Itu dia orang yang kamu bertanyakan tadi".

Kedua-dua mereka pun menerkam dengan pedang ke arah Abu Jahal dan segera menerbangkan nyawanya, terus mereka pergi menemui Rasulullah dan menceritakan kepada Baginda, lantas Rasulullah pun bertanya: "Siapa di antara kamu yang membunuhnya? Jawab tiap dari mereka: "Saya Rasulullah". Tanya Baginda: "Apakah kamu sudah mengesat pedang kamu?" Jawab mereka: "Tidak, Rasulullah pun melihat kepada kedua-dua pedang mereka", maka sabda Rasulullah s.a.w: "Ya kedua-dua kamulah yang membunuhnya". Setelah selesai peperangan Rasulullah pun menyerahkan rampasan perang kepada kedua-dua pemuda tadi iaitu Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin Afra'.

Semoga peribadi-peribadi BADAR sentiasa subur di hati umat islam kini dalam menghadapi perubahan terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Jzkk

RUJUKAN:
Raheeq makhtum
Zadul ma'ad
Sirah ibnu hisyam

Ibadat puasa mengajar umat islam membezakan ibadat "mahdhoh" dan "bukan mahdhoh" atau dalam istilah lain "ma'qulatul ma'na" dan "ghaira ma'qulatil ma'na". Tidak kira sama ada dalam masalah niat, persoalan kenapa mesti berpuasa atau kenapa perlu menahan nafsu hanya dalam tempoh tersebut. Inilah salah satu ujian daripada Allah untuk menguji ketaatan hamba-hambanya. Oleh itu Allah SWT khususkan kelebihan ibadat puasa dengan kalimah.

Ganjaran yang tidak ditetapkan dan hanya diketahui oleh Allah SWT.

Jika dilihat dari aspek yang lain, ibadat puasa mengajar asas kesatuan umat yang menjadi tunjang kepada ibadat puasa terutamanya pada bulan Ramadhan sehingga beberapa masalah yang berkaitan dengan ibadat puasa berpihak kepada pandangan untuk menjaga kesatuan umat. Cukup kali ini kita tumpukan kepada hukum penetapan anak bulan ramadhan.

MELIHAT ANAK BULAN BERSEORANGAN.

Ibnu Rusyd dalam kitab karangannya "bidayatul mujtahid wa nihayatul muqtasid" menyebut: wajib ke atasnya berpuasa sama ada orang lain berpuasa atau tidak.

Ibnu Taimiyah pula berkata di dalam "majmu' fatawa": sesiapa yang melihat anak bulan sama ada anak bulan ramadhan atau anak bulan syawal, maka bagi para ulama' ada tiga riwayat daripada Ahmad:

1. Wajib baginya berpuasa(jika dia melihat anak bulan ramadhan) dan berbuka secara sembunyi(jika melihat anak bulan syawal) dan ini adalah daripada mazhab syafe'i.

2. Berpuasa(jika melihat anak bulan ramadhan) dan tidak boleh berbuka kecuali bersama-sama dengan orang lain(jika anak bulan syawal). Pendapat ini masyhur di kalangan mazhab Ahmad, Malik dan Abu Hanifah.

3.Berpuasa bersama-sama orang lain(jika anak bulan ramadhan) dan berbuka juga bersama-sama orang lain(jika anak bulan syawal). Pendapat ini merupakan yang paling boleh diterima sepertimana kata Syeikh Ibnu Taimiyah berhujah dengan sabda Rasulullah SAW:

"Puasa kamu ialah pada waktu semua sekali berpuasa dan berbuka berbuka juga pada waktu semua berbuka..."

Sebahagian para ilmuan menafsirkan berdasarkan hadis ini bahawa waktu puasa dan berbuka atau raya hendaklah bersama-sama jamaah sepertimana seseorang itu tidak berada di padang arafah berseorangan, bahkan bersama-sama jemaah haji yang lain. begitu juga ia tidak melakukan sembelihan berseorangan.- majmu' fatawa Ibnu Taimiyah

PENETAPAN BULAN RAMADHAN

Pengarang kitab al mufassol iaitu Sheikh Abdul Karim Zaidan menyatakan: Pendapat yang rojih ialah pendapat Zohiriah dan Hanabilah iaitu penetapan bulan Ramadhan dengan menerima saksi daripada seorang yang adil berdasarkan hadis Ibnu Abbas, beliau berkata:

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: Aku telah melihat anak bulan Ramadhan.

"Adakah engkau bersaksi tiada tuhan melainkan Allah?" Tanya Nabi SAW

"Ya" lelaki itu menjawab.

"Dan adakah engkau bersaksi bahawa Mehammad itu pesuruh Allah?"

"Ya" lelaki tersebut menjawab lagi.

"Wahai Bilal, khabarkan pada semua"

Maka semua pun berpuasa pada esok hari. –hadis riwayat abu daud dalam kitab sunan

Ibnu Taimiyah menyebut daripada kata-kata imam ahmad :

"dia hendaklah berpuasa bersama-sama orang ramai sama ada dalam terang ataupun kabur. Tangan Allah adalah bersama jamaah. Bukankah Nabi SAW telah bersabda: jika kamu semua melihatnya(anak bulan ramadhan) maka berpuasalah kamu semua dan juka kamu semua melihatnya(anak bulan syawal) maka berbukalah kamu semua. Bukankah khitob ini kepada jamaah yakni orang ramai? Tetapi bagi orang yang melihat anak bulan tetapi berada di tempat yang tiada orang lain maka baginya puasa pada ketika itu." -majmu' fatawa

PEMBERITAHUAN KEPADA QADI

Orang yang melihat anak bulan perlu memberitahu qadi walaupun penetapan yang dikeluarkan oleh qadi sebenarnya hanyalah fatwa dan ia bukan lah hukum. Bermakna penetapan anak bulan tidak bergantung kepada penetapan qadi.

Sebabnya ialah sebagaimana yang diterangkan oleh Sheikh Abdul Karim Zaidan di dalam "al mufassol" :

"Walaupun penetapan qadi hanyalah fatwa, tetapi ia dibina di atas kesaksian yang muktabar iaitu saksi yang adil. Jadi pemberitahuan adalah daripada qadi kepada semua manusia merujuk kepada saksi yang adil telah melihat anak bulan tersebut. Barangsiapa yang mendengar khabar daripada orang yang adil maka dia perlu berpuasa dan qadi ialah wakil umat islam dalam penerimaan saksi orang yang melihat anak bulan…"

"Jika qadi menetapkan samada telah nampak bulan atau tidak, maka yang rajihnya ialah perlu bagi umat islam mengikutinya kerana penetapan anak bulan dibina di atas penetapan qadi kerana ia adalah dalam perkara ijtihad yang boleh diambil pakai. Penerimaan penetapan daripada qadi lebih baik kerana ia membawa kepada penyatuan umat Islam supaya tidak berpecah belah". -Al mufassol
Kehidupan adalah sesuatu yang memenatkan. Kerja sana sini tak henti-henti demi mencari habuan dunia akhirat. Kesusahan dalam setiap pekerjaan pasti berhajat kepada usaha gigih dan bersusah payah. Inilah hakikat kejadian manusia. Sudahlah dilahirkan dengan susah payah kemudian perlu menjalani kehidupan dunia juga dengan erti kepayahan. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia berada dalam keadaan KABAD(susah payah)”.(al balad: 4)

Pilihan yang hilang.

Jika kita letakkan seekor ikan di hadapan seekor kucing, adakah kucing dapat membuat pilihan?

“Tak naklah ikan mentah, nak ikan goreng”.

Sudah pasti kucing tersebut akan makan ikan tersebut tanpa banyak kerenah. Begitu juga dengan haiwan ternakan seperti lembu kambing yang akan terus makan tanpa henti walaupun ia sudah kenyang.

Berbeza dengan perwatakan dan tabiat manusia yang diciptakan dengan kemampuan untuk membuat pilihan. Akal kurniaan tuhan memberi kelebihan kepada manusia untuk membuat keputusan seterusnya membezakan tabiat manusia dan haiwan. Kesusahan manusia dalam membuat pilihan dapat memberi kesan yang baik atau buruk dalam kehidupan. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah dan apabila dia beroleh kesenangan dia sangat bakhil kedekut”. (al ma’arij: 19-21)

Doa tak terijab.

Kadang-kadang manusia mengeluh apabila doa tidak termakbul. Kesan dan hasil yang tidak dilahirkan selepas berdoa dan meminta. Bukankah Allah SWT Maha Memberi dan Maha Pemurah? Lontaran soalan manusia berpandukan kekurangan yang ada pada diri, bukan merujuk kepada ilmu Tuhan SWT.

“Ayah, belikan pistol untuk adik”, pinta Alif.

Adakah anda sebagai seorang ayah akan membelikan pistol untuk anaknya walaupun si anak beralasan bahawa ia adalah sebagai alat pelindung diri. Mudhorat yang sudah tentu diketahui walaupun alasannya munasabah.

Begitu juga dengan doa kita. Mungkin kita berdoa memohon supaya dicurahkan harta yang melimpah ruah atau sihat tubuh badan atau anak yang ramai. Tetapi siapakah yang tahu meramal perkara selepas itu.inilah kekurangan manusia yang tidak ada sama sekali pada tuhan ar Rahim. Firman Allah SWT:

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatau padahal ia buruk bagi kamu dan ingatlah Allah yang mengetahui semua itu sedang kamu tidak mengetahuinya”. (al baqarah: 216)

Kembali kepada iman.

Begitu banyak pengecualian yang disimpulkan di dalam Al-quran bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Bukankah orang mukmin sentiasa merasakan bahawa Allah SWT bersama-sama dengannya dalam setiap amalan.

Allah SWT juga telah berjanji akan membela orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah SWT akan membela orang-orang yang beriman”. (al hajj: 38)

Nabi SAW juga bersabda: “Sesungguhnya setiap urusan orang mukmin semuanya baik dan ia tidak ada kecuali pada mukmin. Jika memperoleh kesenangan dia akan bersyukur dan itulah yang baik baginya. Jika ditimpa kesusahan maka dia akan bersabar dan itulah yang baik baginya.” -Ahmad

Kehidupan ini adalah dari Allah ta’ala, untuk Allah dan akhirnya akan kembali kepada Allah ta’ala. Kurniaan nyawa, nafas dan nikmat yang diberikan oleh Allah ta’ala tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata untuk pengabdian kita kepada Allah ta’ala. Ingatkah kita akan firman Allah ta’ala yang menjelaskan tujuan hidup kita?

{وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ}(الذاريات/56)

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Bermakna setiap perbuatan dan ucapan seorang muslim yang sebenar hanyalah untuk Allah s.w.t. Suka, kasih, marah atau benci kita kepada seseorang adalah kerana Allah. Cinta kita kepada Allah akan membawa kita kepada cinta kepada Rasulullah. Cinta kita kepada Rasulullah, pasti akan membawa kita kepada cinta Allah. Tidak sekali-kali dapat dipisahkan. Firman Allah ta’ala:

{مَنْ يُطِعْ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا}(النساء/80)

“Barang siapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barang siapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.”

Cinta atau beriman kepada rasul bererti melebihkan cinta ini daripada segala-galanya. Melebihi cinta kepada harta, isteri, keluarga hingga melebihi dirinya sendiri…Ya!!!! Melebihi daripada diri kamu sendiri. Barulah sempurna iman seseorang. Saidina Umar r.a pernah mengatakan kepada Rasulullah s.a.w : Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menyintaimu melebihi semua orang kecuali diriku. Rasulullah mencelah: Tidak wahai Umar, sehingga dirimu sendiri. Umar pun berkata: Ya Rasulullah, sekarang engkau lebih aku sayangi dari diriku. Lalu Rasulullah bersabda: Sekarang ya, wahai Umar(bermakna sekarang barulah sempurna iman kamu). Nabi s.a.w juga bersabda dalam salah satu hadisnya: “Tidak beriman seseorang itu(tidak sempurna imannya) sehinggalah dia menyintaiku melebihi cintanya kepada anak-anaknya, ibu-bapanya dan manusia keseluruhannya.

Tanda cinta kita kepada Rasulullah s.a.w.

1- Mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Sudah kita sebutkan bahawa cinta kita kepada Allah bermakna cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. kerana setiap perintah dan larangan Rasululah s.a.w adalah perintah dan larangan Allah. Firman Allah ta’ala:

{وَمَا يَنْطِقُ عَنْ الْهَوَى}{إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى}(النجم/3)

“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”

Beberapa orang yahudi mengaku bahawa mereka cinta dan kasih kepada Allah, tetapi mereka tidak mahu mengikut perintah Nabi s.a.w. Maka Allah menurunkan ayat ini:

{قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ}(آل عمران/31)

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

2- Mencontohi sunnah dan tauladan Baginda s.a.w.

Tidak dapat dinafikan bahawa Rasulullah s.a.w adalah sebaik baik uswah dan qudwah. Sebaik-baik rasul, penghulu rasul dan nabi bermakna rasulullah s.a.w adalah tauladan bagi seluruh nabi dan umat. Sifat dan akhlak yang terbaik dan terpuji sehingga Saidatina Aisyah menyifatkan bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran. Firman Allah ta’ala:

{لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ }(الأحزاب/21)

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”

3- Sentiasa merindui dan mengingati Nabi s.a.w.

Sepertimana kita merindui orang yang kita sayangi. Cinta dan rindu kepada Nabi s.a.w melebihi segalanya. Dalam tafsir ibnu kathir menyebutkan bahawa datang seorang pemuda ansar kepada Rasulullah s.a.w dalam keadaan sedih. Nabi s.a.w berkata: wahai si fulan, mengapa aku lihat engkau bersedih? Pemuda itu menjawab: Wahai Nabi Allah ada sesuatu yang sedang aku fikirkan, kami sekarang hidup bersamamu, dapat melihat wajahmu dan dapat berdamping denganmu. Kelak, engkau akan diangkat bersama para nabi dan kami tidak dapat lagi bertemu denganmu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa sehinggalah turunnya firman Allah ta’ala:

{وَمَنْ يُطِعْ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُوْلَئِكَ رَفِيقًا}(النساء/69)

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).”

Kemudian Nabi s.a.w memberitahu ayat ini kepada pemuda ansar tadi. Barulah baliau gembira.

4- Mencemuh dan memerangi orang yang menyakiti nabi s.a.w.

Bermakna kita tidak boleh menyokong dan membantu mereka yang menghina nabi dalam bentuk ucapan atau perbuatan mereka. Memang tidak dapat diterima apabila ada manusia dengan sengaja melemparkan atau melukis gambar atau lukisan yang menghina Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini telah terjadi kepada nabi s.a.w sendiri dalam riwayat hidup baginda. Jika pada zaman rasulullah s.a.w masih hidup, para sahabatlah yang menjadi benteng ke atas orang musyrikin yang menyakiti dan menghina Rasulullah. Sekarang selepas kewafatan baginda, kitalah penyambung benteng perjuangan sahabat. Namun, Allah s.w.t berfirman:

{إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ}(الحجر/95)

“Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu(rasulullah) dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu.”

5- Memperbanyakkan selawat ke atas baginda s.a.w.

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Allah s.w.t juga berfirman:

{إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا}(الأحزاب/56)

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

6- Mendalami dan menghayati sirah perjuangan baginda.

Tidak ada ucapan dan perbuatan manusia di dunia yang di ambil sepenuhnya melainkan ucapan baginda Rasulullah s.a.w. Akhlak dan hidup yang seiring dengan fitrah manusia. Perjuangan dan perjalanan yang lahir dari tarbiah Allah ta’ala. Sehingga orang yang tidak beriman pun mengkaji sirah dan ucapan baginda s.a.w. sesuatu yang memalukan apabila mereka yang beriman dan percaya dengan nubuwwah s.a.w tetapi tidak mengendahkan cara hidup dan tidak tahu langsung riwayat hidup baginda s.a.w. Firman Allah ta’ala:

{وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ}(سبأ/28)

“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”

“dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (al anbiya’ : 107)

Permodenan.

Mencari hakikat perubahan.

Keterlaluan!!..

Wasatiah.

Ikhlas diambil dari makna suci, murni dan tidak dicampur oleh sesuatu yang lain demi menjaga kesucian daripada tercemar. Ibarat kain putih yang belum dinodai oleh sesuatu. Ikhlas merupakan sifat pertama yang wajib ada bagi setiap orang yang inginkan peningkatan kualiti iman dan diri. Pada keluaran lalu telah dibicarakan bahawa proses tarbiah amat memerlukan beberapa individu dan rijal yang mempunyai beberapa sifat-sifat asas, sudah pasti ikhlas adalah sifat pertama yang perlu ditanam dalam setiap diri generasi tarbiah.

Ikhlas yang akan membezakan amalan sama ada ibadah ataupun adat. Firman Allah ta'ala: "Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama" (az-Zumar : 11) Jika kita berazam ingin merubah diri kepada syakhsiah yang lebih baik, ikhlas ialah titik permulaan yang amat penting. Hanya memerlukan beberapa kefahaman dengan adanya susulan amalan yang berterusan.

Kepentingan ikhlas dalam tarbiah.

1-Setiap amalan hanya kerana Allah ta’ala semata-mata.

Ikhlas tempatnya hati. Ia juga satu-satunya rahsia diantara Tuhan dengan empunya hati hatta syaitan dan malaikat pun tidak mengetahuinya. -Junaid dalam kitab madarij salikin. Mengapa hati?...Di sinilah tumpuan serangan-serangan musuh utama manusia iaitu syaitan yang sentiasa cuba merosakkan syakhsiah muslim. Apabila rosaknya hati maka rosaklah marhalah tarbiah islamiah.

Isi tarbiah merangkumi seluruh kehidupan muslim. Tarbiah islamiah ialah dengan menjadikan kehidupan ini berada dalam kekuasaan Allah ta’ala dan menyerahkan jiwa raga hanyalah kepada Allah. Firman Allah ta'ala: "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)." (al-An'am :162,163)

2-Menjelaskan tujuan tarbiah

Memusatkan setiap amalan kerana Allah ta’ala dengan mengenepikan segala habuan dunia yang tersasar. Jelas bagi kita hanyalah islam yang kita bawa dan halatuju yang sebenar ialah mencari keredhaan dan syurga Allah ta’ala. Imam al-Muhasibi rahimahumullah berkata:
الإخلاص إخراج الخلق من معاملة الله تعالى، والنفس أول الخلق
“Ikhlas ialah mengeluarkan sesuatu benda dalam hubungan dengan Allah ta’ala, dan nafsu adalah benda yang pertama.”

Adakah kita masih ingat apa yang berlaku dalam perjanjian Aqobah? Setelah selesai perjanjian, para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang habuan hasil persetujuan tersebut. Nabi s.a.w menjawab: Ganjarannya hanyalah syurga. Dengan tujuan itulah mereka pulang membawa isi kandungan bai’ah untuk memberikan didikan dan tarbiah kepada penduduk Madinah sehingga berjaya mengislamkan lebih kurang tujuh puluh orang semasa hijrah nabi ke Madinah. Hasil yang lumayan… hanya demi meraih syurga.

3-Menjauhi syirik kecil dan besar.

Fudhail bin ‘Iyadh berkata: Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya', beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas ialah menyelamatkan engkau oleh Allah ta'ala daripada kedua-duanya.

Tiada dosa yang akan diampunkan Allah ta’ala selain syirik.bukan sahaja syirik besar, malah syirik kecil seperti riak juga dihitung Allah ta’ala kerana ia umpama hijab yang melindungi amalan daripada diterima Allah. Riak juga termasuk dalam sifat orang munafik. Firman Allah ta’ala: “Mereka bermaksud riya di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (an-nisa’ : 142)

Dalam sunan ibn Majah meriwayakan daripada ‘Aus bin Shaddad : Aku pernah melihat Nabi s.a.w menangis. Aku bertanya: Apa yang membuatkan engkau menangis ya Rasulullah. Rasulullah pun menjawab: Aku takut syirik yang akan menimpa umatku. Bukanlah syirik mereka yang menyembah patung-patung atau matahari atau bulan ataupun batu-batu. Tetapi mereka ialah yang riak(suka menunjuk-nunjuk) dalam amalan mreka.

Tanda-tanda ikhlas:

1- Rasa kekurangan pada diri dan tidak tertipu dengan amalan.
Firman allah ta'ala: “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut(wajilah), (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka." (al-Mukminun : 60)

Daripada ayat di atas, Imam Ahmad meriwayatkan bahawa saidatina 'aisyah berkata: makna orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut(wajilah) ialah mereka yang mencuri, berzina, minum arak dalam keadaan mereka takut kepada Allah ta'ala. Rasulullah menjawab: Bukan begitu wahai anak perempuan as-siddiq, tetapi mereka ialah orang-orang yang menunaikan solat, puasa dan bersedekah dalam keadaan takut kepada Allah ta'ala.

Sentiasa merasa kekurangan pada diri berbanding orang lain. Daripada Kinanah bin Jiblah berkata: Abu Bakar bin Abdullah berkata: Jika kamu melihat orang yang lebih tua dari kamu, katakanlah: Dia telah mendahului aku dengan iman dan amal soleh. Maka dia lebih baik dariku. Dan apabila melihat orang yang lebih muda darimu, katakanlah: Aku telah mendahuluinya dengan dosaku dan maksiatku. Maka dia lebih baik dariku.

2- Tidak menghiraukan pujian dan celaan

Tidak merasa suka apabila dipuji dan merasa sedih apabila dicela. Saidina Umar berkata: المدح هو الذبح maksudnya ialah: Pujian adalah seperti penyembelihan. Bermakna pujian boleh menyembelih atau menghapuskan niat asal kita. Ikhlas akan mengekalkan tujuan dan niat kita.

Pujian akan meninggalkan dua perkara:
1-sifat takabbur dan 'ujub
2-perasaan gembira apabila dipuji sehingga bangkit sifat futur dan merasa cukup dengan perbuatannya.

Pernah seorang lelaki bertanya kepada Yahya bin Mu’az: Bilakah seorang hamba itu ikhlas? Beliau menjawab: Apabila sifatnya menjadi seperti bayi, tidak peduli siapa yang memuji atau mencacinya.

3- Menyembunyikan ketaatan

Ikhlas bukanlah sesuatu yang perlu ditonjolkan atau dikhabarkan kepada orang ramai, tetapi ikhlas ialah sifat yang tersembunyi Syabibah bin Nu’man berkata: Ali bin Hussin adalah seorang yang bakhil, setelah beliau meninggal dunia, didapati bahawa beliau telah memberi makan seratus ahli bait di madinah.

Kata imam al-Muhasibi rahimahumullah: Barangsiapa yang berusaha dalam sembunyinya Allah akan mewarisinya kebaikan dalam muamalahnya secara zahir, dan barangsiapa yang memperbaiki muamalahnya secara zahir serta berusaha menyembunyikannya Allah akan mewarisi hidayah kepadanya. Firman Allah ta'ala: "wallazina jahadu fina lanahdiyannahum subulana wainnallahalama'almuhsinin"

Cukup sahaja untuk kali ini beberapa perkara yang perlu kita fahami mengenai ikhlas. Seorang muslim tidak boleh terbatas hanya dengan teori dan maklumat yang ada, tetapi perlu disertakan dengan amal yang berterusan. Inilah buah atau hasil daripada iman yang benar. Ikhlaskan niat kita dalam setiap amalan, pasti kita tidak akan rugi. Kata imam al-Muhasibi rahimahumullah:

من صحح باطنه بالمراقبة والإخلاص زين الله ظاهره بالمجاهدة واتباع السنة
لا يصلح عبد إلا أصلح الله بصلاحه سواه، ولا يفسد عبد إلا أفسد الله بفساده غيره

SIAPA YANG DAPAT LEBIH SEBENARNYA?

| Sabtu, 8 Januari 2011 |

ISLAM DAN PERMODENAN

| Sabtu, 18 Disember 2010 |

KUALITI KUANTITI

| Isnin, 8 November 2010 |

IMMA'AH

| Ahad, 17 Oktober 2010 |

| Isnin, 10 Mei 2010 |

BERBEZAKAH KITA?

| Rabu, 31 Mac 2010 |

JELASKAN MATLAMAT!

| Isnin, 1 Mac 2010 |

Kepelbagaian organisasi dan kumpulan-kumpulan dakwah menyebabkan masing-masing mendakwa bahawa mereka ialah yang terbaik dan yang paling dekat dengan Islam. Suasana ini memberi kesan yang amat mendalam kepada masyarakat dalam memahami tujuan dakwah dengan jelas. Tidak perlu dinafikan kerana sudah banyak mereka yang ingin berkorban untuk Islam tetapi terkorban kerana matlamatnya tidak jelas. Ataupun mereka merasa matlamat yang sedang mereka perjuangkan adalah jelas tetapi sebenarnya berpunca daripada hasil fahaman yang syubhah.

PAHLAWAN NERAKA

Syarat penerimaan amalan dalam ibadah ialah ikhlas. Setiap perkara yang dilakukan tanpa ikhlas tidak akan diterima Allah SWT. Boleh jadi juga bercampur unsur syirik jika niat disertakan dengan selain Allah SWT. Fudhail bin ‘Iyadh berkata:

“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’ dan beramal kerana mansia adalah syirik. Ikhlas adalah apabila Allah SWT membersihkan kamu dari keduanya” (al kabair oleh az Zahabi)

Ada juga satu kisah disebut dalam sohih bukhari tentang seorang sahabat yang bernama Qozman yang berperang dalam satu peperangan:

“…dalam barisan muslimin juga terdapat seorang lelaki yang tidak berjumpa musuh kecuali ia membunuhnya sehingga ia terbunuh.

Para sahabat berkata kepada Rasulullah SAW: “Tidak seorangpun yang dapat berbuat seperti fulan ini.”

Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya dia adalah ahli neraka”.

Pada akhir hadis Rasulullah SAW bersabda:

“bahawa seorang lelaki beramal dengan amalan ahli syurga seperti yang dipandang manusia sedangkan dia ialah ahli neraka” (sohih bukhari, bab perang khaibar, 4202)

TERSASAR WALAUPUN BERSAMA

Dalam kitab Fathul Bari ada disebutkan bahawa Qatadah bin Nu’man melintasi Qozman ketika sedang berperang.

“Tahniah pada kamu dengan syahid(jika kamu mati syahid)” Qatadah menyapa.

“Demi Allah aku tidak berperang kerana agamaku, tetapi aku berperang kerana kaumku”.

Ikhwah yang dirahmati Allah,

Kita perlu menetapkan tujuan dengan jelas supaya kita tidak tersasar daripada Islam. Jika kita berjuang dalam salah satu jamaah daripada jamaah islam, kita perlu faham ia adalah salah satu wasilah bagi melaksanakan tujuan asal iaitu islam. Jangan berjuang kerana wasilah atau jamaah, tetapi berjuanglah kerana Islam.

Inilah seruan para nabi yang hanya menyeru manusia kepada Allah walaupun berbeza kaum dan bangsa. Menyeru kepada adab dan akhlak islam serta beramal dengan hukum islam. Darah kita hanya untuk jamaah islam, bukan untuk jamaah daripada jamaah islam. Jangan sasarkan matlamat kita dengan penjajahan pemikiran syaitan kerana ia akan mencemarkan keikhlasan dalam berjuang.

LEMBUT HIKMAH

| Ahad, 22 November 2009 |

Da'ei merupakan salah satu rukun daripada rukun-rukun dakwah. Rukun ini merupakan rukun yang penting dalam melaksanakan kerja amal dakwah. Kerana rukun inilah yang mendukung rukun pertama iaitu risalah dakwah atau Islam dan juga yang akan mempengaruhi rukun yang ketiga iaitu mad'u.

Kejayaan dakwah tercapai apabila da'ei berjaya menguasai rukun pertama dan berjaya menyampaikan kepada rukun ketiga. Hasil kejayaan dapat dilihat apabila kita berjaya melihat perubahan pada mad'u. Ramai yang beranggapan bahwa risalah islam hanya cukup apabila disampaikan tanpa mengambil peduli keadaan perubahan pada mad'u. Tanpa peduli dan mutaba'ah, keupayaan para da'ei tidak dapat dinilai dan ditingkatkan.

LEMBUT TIDAK BERERTI DIAM

Ada golongan yang menyangka bahawa dakwah ialah dengan bergaul atau bercampur dengan orang lain dan hanya bersabar dengan kerenah manusia. Tidak kira samada dengan orang baik atau buruk ataupun dalam perkara haqq atau batil. Mereka menyandang kepada hadis Nabi SAW:

"Sesungguhnya seorang muslim adalah yang bercampur dengan manusia dan bersabar dengan kesakitan adalah lebih baik dari seorang muslim yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar dengan kesakitan". (Tarmizi dan Ibnu Majah)

Sheikh Solah Fattah al Khalidi menyatakan bahawa lembut bukan bererti diam. Sebahagian da'ei yang menyertai majlis-majlis mungkar hanya diam seakan-akan mereka tidak mendengar dan mengetahui tentang apa yang berlaku. (Kitab Taswibat)

DAKWAH MUSA AS

Firman Allah SWT:

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;"

"Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut". (Tooha: 44)

Imam al Qurtubi menyatakan bahawa amr bil ma'ruf wannahu 'anilmungkar perlulah dengan cara berlemah lembut kepada orang mempunyai kekuatan. (Tafsir Qurutubi)

Ucapan yang lembut ialah ucapan yang tidak kasar dan terang dengan kebenaran. Allah SWT telah memberi arahan kepada Musa AS supaya bercakap secara lemah lembut kepada Firaun. Jadi setiap orang selain Musa AS lebih perlu mencontohi sikap ini di dalam ucapan dakwah mereka. (Mustafad, Abd Karim Zaidan)

Peringatan yang lembut bukan dengan menegah atau melarang tanpa hikmah. Tetapi hendaklah berasaskan firman Allah SWT:

"…mudah-mudahan ia ingat atau takut" (Tooha: :44)

Supaya pemimpin ingat dan takut kepada Allah SWT. Bukan dengan hanya menyalahkan sifat dan perbuatan tanpa asas iman yang mengembalikan pemimpin kepada Allah SWT. Kebanyakan manusia menegur pemimpin hanya kerana maslahah sendiri dan tidak mengingatkannya tentang dosa akibat perilaku pemimpin tersebut.

LEMBUT HIKMAH

Pernah khalifah zaman abbasiah iaitu Abu Ja'far al Mansur mencari Imam at Thauri sehingga berjumpa dengan beliau di musim haji.

"Jika ada apa-apa berlaku jangan kau datang kepada aku. Kami akan berbincang dengan engkau dan akan menurut apa yang kau perintahkan dan kami akan melarang apa yang kau larang." Kata khalifah.

"Berapa yang kau belanjakan dalam perjalanan ini?" Tanya Imam.

"Aku tidak tahu dan aku mempunyai penjaga harta ini."

"Apakah alasan engkau apabila engkau berdiri di hadapan Allah SWT dan disoal tentang semua ini?. Nabi SAW bersabda: "Bagi orang yang menyalahgunakan harta Allah SWT dan Rasulullah SAW sesuka hatinya, maka kelak baginya neraka". Kata Imam at Thauri. (Taswibat)

SIKIT PON HARAM

| Isnin, 9 November 2009 |

"Saya bukan minum sampai mabuk. Sikit jer takkan tak boleh kot?".

"Tengok sekejap pon salah ker? Saya tengok jer perempuan tu. Bukan buat apa-apa pun!"

"Biarlah, bukan dia buat jahat pun, lagipun mencarut sikit-sikit tu apa sangat".

BATAS-BATAS ISLAM

Setiap perkara ada batasnya di dalam Islam. Halal haram yang ditentukan oleh Allah SWT. Biarpun perkara itu dipandang remeh oleh segelintir masyarakat, namun syariat Allah tidak boleh terpesong walaupun sedikit.

Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata dan di antara keduanya adalah perkara yang syubhat…". (Muttafaqun'alaih)

Imam Nawawi berkata: "Bahawa setiap perkara ada tiga bahagian. Seperti halal yang nyata seperti roti, buah-buahan, minyak dan lain-lain daripada makanan. Begitu juga dengan bercakap, melihat dan berjalan dari amal perbuatan halal yang nyata. Adapun haram yang nyata seperti arak, khinzir, bangkai dan air kencing. Begitu juga perbuatan zina, menipu, mengumpat dan yang seumpama dengannya". ('aunul ma'bud)

KAEDAH HARAM

Allah SWT telah menjadikan fitrah manusia dengan ada baik buruknya. Fitrah manusia dihiasai perasaan suka dunia dengan memenuhi kehendak syahwat. Ia juga merupakan pintu masuk syaitan paling mudah.

Arak diharamkan zatnya. Tetapi nabi SAW menegaskan bahawa setiap yang memabukkan juga adalah haram.

"Saya bukan minum sampai mabuk. Sikit jer takkan tak boleh kot?".

Nabi SAW bersabda:

"Setiap yang memabukkan dengan mengambil secara banyak, maka diharamkan juga walaupun sedikit". (abu daud)

Arak adalah minuman yang boleh menyebabkan seseorang mengalami ketagihan. Sudah pasti minuman pertama disusuli dengan yang kedua dan seterusnya sehingga menyebabkan seseorang melampaui batas-batas yang ditetapkan syariat.

Begitu juga kajian yang mendapati kebanyakan anak yang ketagihan arak adalah disebabkan faktor sikap ibu bapa yang telah menjadi contoh dalam hal tersebut.

Generasi haram akan terus bersilih-ganti selagi ia tidak dibendung dari peringkat permulaan punca.

IKUT HARAM

Begitu juga dengan perkara-perkara haram yang lain. Boleh digunakan kaedah tadi kepada setiap perkara haram.

Melihat wanita dengan syahwat haram walaupun sedikit......kerana ia pasti akan diikuti dengan pandangan kedua dan seterusnya….

Orang yang sudah biasa mengambil rasuah walaupun sedikit sudah pasti akan menerima lebih banyak selepas itu……

Jika lidah seseorang mula mengungkap umpat caci, sudah pasti mulut akan terbiasa meluncurkan kata-kata kesat dengan mudah…..

Selalunya orang berjudi memang sukar berhenti walaupun tiada wang…..

FAHAM

Penyelesaiannya ialah kita perlu faham dan mengerti perkara halah haram dengan jelas supaya tidak terjebak dan tergelincir. Ketagihan nafsu menyebabkan perlanggaran batas-batas Islam seperti yang telah digariskan. Jangan bertindak mengikut kehendak, tetapi ikutilah batas-batas syarak.

MUKMIN (1)

| Rabu, 21 Oktober 2009 |

"Alif, Laam, Miim."

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; "

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. "

"Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)."

"Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya." (al baqarah : 1-5)

SIFAT MUKMIN

Enam sifat mukmin di dalam ayat di atas:

1-Bertaqwa
2-Beriman dengan perkara ghaib
3-Mendirikan solat
4-Bersedekah atau infaq di jalan Allah
5-Beriman dengan kitab-kitab samawi(terdahulu)
6-Yakin dengan hari akhirat

Syed qutb berkata: "Terdapat kaitan dan hubungan di antara sifat-sifat tersebut. Itulah yang menggabungkan sifat-sifat membentuk kesatuan penggabungan lengkap-melengkapi. Maka taqwa merupakan perasaan hati dan keadaan dalaman yang melahirkan lorong-lorong dan amal. Menyatukan perasaan dalaman dan pergerakan luaran. Menghubungkan manusia dengan Tuhan dalam keadaan sembunyi mahupun nyata." (fi zilal)

GABUNGAN AMAL

Jika kita perhatikan, enam sifat mukmin di atas menggabungkan tiga jenis amal:

1-Amalan dengan hati
2-Amalan dengan jawarih(perbuatan)
3-Amalan dengan harta

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (al hujurat : 15)

AMAL DENGAN BERLAWANAN

Jika Allah SWT ada menyebut tentang sifat-sifat orang kafir dan munafiq, begitu juga Allah SWT senaraikan sifat-sifat orang mukmin. Sudah tentu sifat mukmin tidak sama dengan sifat kafir atau munafiq.

Taqwa menolak beramal dengan larangan-larangan Allah SWT dan menghindari maksiat…

Beriman dengan yang ghaib menolak kepercayaan-kepercayaan musyrikin yang tidak beriman dengan konsep dosa pahala…

Mendirikan solat menolak penyembahan tuhan-tuhan selain Allah SWT…

Infaq di jalan Allah menolak pembaziran harta ke jalan sia-sia…

Beriman dengan kitab-kitab samawi menolak dakwaan yahudi dan nasrani dan menyatakan bahawa Muhammad SAW adalah nabi terakhir dan wajib beriman dengannya…

Yakin dengan hari akhirat menolak kepercayaan-kepercayaan musyrikin yang tidak beriman dengan hari akhirat atau hari pembalasan…

LANGKAH MATI

| Sabtu, 3 Oktober 2009 |

Jalan dakwah tidak akan terhenti. Tidak pula akan mati kerana jiwa-jiwa janji ilahi akan terus bersilih ganti di bumi. Walaupun masa berjalan tanpa henti menyusuri pemergian jiwa-jiwa ulama dan syuhada'. Firman Allah:

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun". (al ahzab: 23)

Dasar dakwah adalah dengan ilmu dan amal. Tanpa kedua asas ini langkah dakwah boleh tergelincir umpama langkah mati. Jadi setiap da'ei perlu berjaga-jaga dalam setiap tindakan. Kejahilan dan bersegera dalam membuat keputusan tanpa ilmu dalam amr bil ma'ruf wan nahy 'anil munkar mungkin hanya mengundang padah,.

LANGKAH MATI

Boleh kita umpamakan seorang anak yang mahu mengusir seekor lalat yang sedang hinggap di atas kepala si ayah.

Apakah akan berlaku jika si anak menggunakan pemukul lalat dengan menampar lalat di kepala si ayah pada ketika itu?

Bagaimana pula jika ia menggunakan benda-benda keras seperti penukul besi atau raket?

Paling padah jika ia menggunakan senjata-senjata berbahaya yang boleh mencederakan kepala si ayah.

Mungkin dengan menggunakan peralatan-peralatan tadi dapat mengusir lalat tersebut. Tetapi apakah yang akan berlaku selepas itu? Adakah ia mengundang maslahah atau mafsadah? Inilah yang dinamakan langkah mati.

BERINGAT SEBELUM JADI

Kerana itu ilmu menjadi asas dalam setiap amal dakwah. Perubaan-percubaan dalam kerja ISLAH perlu diperbanyak dan dipelbagai. Tetapi kita perlu beringat bahawa penyelesaian perlu berpihak kepada maslahah bukan mafsadah.

Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan(ilmu) dan bukti yang jelas nyata". (Yusuf: 108)

HALAL HARAM DALAM UMPATAN

| Sabtu, 12 September 2009 |

Beberapa yang perlu diketahui bahawa pujian dan umpatan keji adalah sesuatu yang mempunyai halal haramnya pada hukum. Pernah nabi SAW ditanya tentang ghibah. Nabi SAW menjawab:

"Ia adalah apabila kamu menyebut tentang saudaramu dengan apa yang ia benci"

"Bagaimana jika perkara yang aku sebut itu memang ada padanya?" Tanya sahabat lagi.

Nabi SAW menjawab: "Jika perkara itu benar-benar ada pada saudaramu maka kamu telah mengumpatnya dan jika kamu menyebut perkara yang tidak ada pada saudaramu maka kamu telah membuat satu kebohongan kepadanya" (riwayat muslim)

Amalan ini juga dilarang sepertimana firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (al hujurat : 12)

Ibnu Abbas berkata: Jika kamu ingin menyebut tentang keaiban saudara kamu, sebutlah keaiban kamu dahulu. –ihya' ulumuddin

Imam Nawawi berkata di dalam kitab riyadus salihin : "Disuruh kepada orang yang mendengar umpat mengumpat supaya mencegahnya dan mengingkarinya. Jika ia tidak berupaya dan dia tidak dapat menerima maka lebih baik beredar meninggalkan majlis tersebut".

UMPATAN HALAL

Beberapa kelonggaran yang diberi dalam masalah ini. Di antaranya disebutkan dalam kitab ihya' ulumuddin:

1-Jika ingin mengubah kemungkaran kepada kebaikan. Dalam satu riwayat menyatakan bahawa pernah Usman RA tidak menjawab salam Umar RA. Lalu Umar pergi memberitahu kepada Abu Bakar RA. Maka Abu Bakar RA pergi membetulkan perkara tersebut.

2-Jika ingin bertanya atau mendapatkan fatwa. Sepertimana seseorang pergi menceritakan kepada qadi sesuatu masalah dan cara penyelesaiannya. Pernah Hindun bt Utbah berjumpa Nabi SAW dan bertanya:

"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Abu Sufyan(suamiku) seorang yang kedekut, bolehkah aku mengambil hartanya untuk keperluanku dan keperluan anak-anakku."

"Ambillah hanya dengan kadar yang mencukupi sahaja" kata Nabi SAW. (hadis Bukhari)

UMPATAN KE ATAS SI MATI

Hadis Muslim menyebutkan bahawa pernah SAW dan para sahabat berjalan melalui satu jenazah. Para sahabat pun memuji dengan mengatakan kebaikan si mati. Rasulullah SAW pun bersabda tiga kali: "Benar syurga baginya!" Kemudian melintas jenazah kedua. Para sahabat menyatakan keburukan si mati. Rasulullah SAW pun bersabda tiga kali: "Benar neraka baginya!" setelah ditanya oleh Umar RA, baginda SAW menjawab:

"Barangsiapa yang disebutkan kebaikan ke atasnya maka berhak baginya syurga dan barangsiapa yang disebutkan keburukan ke atasnya maka berhak baginya neraka".

Mungkin kita pernah mendengar hadis nabi melarang daripada mengeji si mati. Tetapi imam Nawawi di dalam syarahnya ada menjawab tentang masalah ini.

"Adapun tegahan mengeji atau menyebut keburukan si mati hanya pada selain orang munafiq dan orang kafir. Iaitu pada orang yang tidak zahir padanya kejahatan atau bid'ah yang dilakukan. Adapun pada mereka(orang fasiq dan munafiq) tidak diharamkan menyebut keburukan mereka supaya berjaga-jaga daripada mengikut haluan mereka." (minhaj fi syarhi sohih muslim)

SINGKAPAN BADAR

| Sabtu, 5 September 2009 |

Sejarah telah membuktikan bahawa islam adalah agama yang paling sesuai dengan fitrah manusia. Kesesuaian islam merangkumi kepercayaan, akhlak dan dari sudut syariat. Walaupun tuntutan puasa dalam tempoh sebulan berturut-turut sejarah islam membuktikan kepada dunia bahawa umat islam mampu berinteraksi dengan dunia melebihi bulan-bulan yang lain. Mungkin dunia Islam kini perlu mengambil iktibar daripada generasi sahabat yang mampu mengekalkan keperibadian dan mengharumkan nama Islam pada bulan yang mulia ini.

Bulan sabar mengajar erti mujahadah dalam berjihad pada peringkat permulaan Islam. Melahirkan keperibadian rabbani yang ikhlas memahami kehendak dan larangan tuhan. Beberapa peribadi dan mauqif daripada BADAR banyak memberi pengajaran dan iktibar buat umat Islam.

KELENGKAPAN PERANG

Tidak dapat dinafikan persediaan ketenteraan quraisy pada ketika itu lebih besar jumlahnya dengan peralatan ketenteraan yang hebat dan mencukupi. Bayangkan jika 313 tentera Islam ingin bertembung dengan 1300 tentera quraisy. Bilangan yang terlalu sedikit berbanding tentera musuh yang dikepalai oleh Abu Jahal. Bergeraklah tentera quraisy keluar dari Mekah dengan lagak dan sombong. Firman Allah SWT:

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riak kepada manusia serta menghalangai orang dari jalan Allah. Dan ilmu Allah meliputi apa yang mereka kerjakan". (al anfal : 47)

CINTA SAWAD BIN GHAZIAH

Ketika Rasulullah SAW meluruskan saf BADAR dengan memegang sebatang kayu membetulkan saf umat islam. Rasulullah SAW mendapati Sawad bin Ghaziah terkeluar sedikit daripada saf BADAR.

"Sawad, betulkan safmu!" kata Nabi SAW sambil menekan perut Sawad dengan batang kayu tadi.

"Wahai Rasulullah, engkau telah menyakitiku. Biar aku membalas balik apa yang kau lakukan terhadapku". Kata Sawad mengharap.

Rasulullah SAW pun menyingkap bajunya untuk dicucuk oleh Sawad dengan batang kayunya. Apa lagi, Sawad pun terus memeluk perut baginda dan mengucupnya bertubi-tubi.

"Mengapa engkau berbuat begini wahai Sawad?"

"Aku mahu menjadikan detik-detik akhir aku di mana kulit aku dapat menyentuh kulitmu". Balas Sawad.

Kemudian Rasulullah SAW pun mendoakan kebaikan kepada Sawad.

KEHIDUPAN YANG PANJANG.

Semasa tentera musuh semakin hampir. Rasulullah SAW bangun memberikan semangat kepada saf BADAR supaya mereka sentiasa ingat dengan kemenangan dan ganjaran di sisi Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan syurga bagi orang yang syahid di jalannya!!!" kata SAW mencorak semangat kepada tentera BADAR.

Tiba-tiba Umair bin Hammam muncul dan berkata:

"Wahai Rasulullah, adakah syurga seluas langit dan bumi?"

"Ya!" jawab baginda SAW.

"Aku berharap dapat menjadi daripada ahlinya".

"Engkau adalah daripada ahlinya". Sabda SAW.

Kemudian Umair mengeluarkan beberapa tamar daripada uncangnya sambil memakan tamar tersebut. Kemudian beliau menyebut:

"Sampai bila aku nak makan tamar ini. Sesungguhnya ini adalah satu kehidupan yang panjang". Lalu Umair mencampakkan tamar-tamarnya dan terus meluru ke medan peperangan dan berperang sehinggalah beliau syahid.

KEBERANIAN 'AUF BIN HARIS

Manakala 'Auf bin Haris pula bertanya kepada SAW.

"Wahai rasulullah SAW, apakah yang mengetawakan tuhan daripada tindakan hamba-hambanya?"

"Seseorang yang bergelut dengan musuhnya secara terdedah". Jawab nabi SAW.

Lalu 'Auf bin Haris menanggalkan dan mencampakkan baju besinya lalu mencapai pedang dan terus berperang sehinggalah beliau syahid.

MUAZ DAN MU'AWWIZ

Abdul al-Rahman bin Auf menceritakan: "Sesungguhnya daku di dalam saf peperangan Badar, bila aku memerhatikan di hadapan, aku dapati di kiri dan di kananku dua orang belia masih muda, daku bagaikan tidak berasa selamat terhadap diri mereka". Salah seorang dari mereka bertanyakan padaku dan meminta merahsiakan penyataannya itu dari kawannya yang seorang lagi, katanya: "Pak Cik tunjukkan saya mana dia Abu Jahal", jawabku: "Anakku! Apa yang kamu hendak buat dengannya?" katanya pula: "Saya mendapat tahu yang ianya selalu memaki Rasulullah s.a.w" tambah beliau lagi: "Demi Tuhan yang nyawa ku di tanganNya, kalaulah aku ternampaknya nescaya diri ku tidak akan renggang dari dirinya, kecuali kematian sahaja yang akan meragut mana-mana satu yang lebih segera ajalnya, aku kehairanan dengan sikapnya itu". Kata Abdul al-Rahman lagi: "Sekali lagi aku dikerling oleh pemuda yang seorang lagi dengan isyarat sambil beliau berkata kepadaku seperti pemuda yang pertama juga, daku pun terus memandang-mandang ke arah Abu Jahal yang terkial-kial di tengah-tengah orang ramai", dan ku berkata kepada mereka berdua: "Kamu tengok tak? "Itu dia orang yang kamu bertanyakan tadi".

Kedua-dua mereka pun menerkam dengan pedang ke arah Abu Jahal dan segera menerbangkan nyawanya, terus mereka pergi menemui Rasulullah dan menceritakan kepada Baginda, lantas Rasulullah pun bertanya: "Siapa di antara kamu yang membunuhnya? Jawab tiap dari mereka: "Saya Rasulullah". Tanya Baginda: "Apakah kamu sudah mengesat pedang kamu?" Jawab mereka: "Tidak, Rasulullah pun melihat kepada kedua-dua pedang mereka", maka sabda Rasulullah s.a.w: "Ya kedua-dua kamulah yang membunuhnya". Setelah selesai peperangan Rasulullah pun menyerahkan rampasan perang kepada kedua-dua pemuda tadi iaitu Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin Afra'.

Semoga peribadi-peribadi BADAR sentiasa subur di hati umat islam kini dalam menghadapi perubahan terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Jzkk

RUJUKAN:
Raheeq makhtum
Zadul ma'ad
Sirah ibnu hisyam

KESATUAN PENETAPAN HILAL RAMADHAN

| Isnin, 31 Ogos 2009 |

Ibadat puasa mengajar umat islam membezakan ibadat "mahdhoh" dan "bukan mahdhoh" atau dalam istilah lain "ma'qulatul ma'na" dan "ghaira ma'qulatil ma'na". Tidak kira sama ada dalam masalah niat, persoalan kenapa mesti berpuasa atau kenapa perlu menahan nafsu hanya dalam tempoh tersebut. Inilah salah satu ujian daripada Allah untuk menguji ketaatan hamba-hambanya. Oleh itu Allah SWT khususkan kelebihan ibadat puasa dengan kalimah.

Ganjaran yang tidak ditetapkan dan hanya diketahui oleh Allah SWT.

Jika dilihat dari aspek yang lain, ibadat puasa mengajar asas kesatuan umat yang menjadi tunjang kepada ibadat puasa terutamanya pada bulan Ramadhan sehingga beberapa masalah yang berkaitan dengan ibadat puasa berpihak kepada pandangan untuk menjaga kesatuan umat. Cukup kali ini kita tumpukan kepada hukum penetapan anak bulan ramadhan.

MELIHAT ANAK BULAN BERSEORANGAN.

Ibnu Rusyd dalam kitab karangannya "bidayatul mujtahid wa nihayatul muqtasid" menyebut: wajib ke atasnya berpuasa sama ada orang lain berpuasa atau tidak.

Ibnu Taimiyah pula berkata di dalam "majmu' fatawa": sesiapa yang melihat anak bulan sama ada anak bulan ramadhan atau anak bulan syawal, maka bagi para ulama' ada tiga riwayat daripada Ahmad:

1. Wajib baginya berpuasa(jika dia melihat anak bulan ramadhan) dan berbuka secara sembunyi(jika melihat anak bulan syawal) dan ini adalah daripada mazhab syafe'i.

2. Berpuasa(jika melihat anak bulan ramadhan) dan tidak boleh berbuka kecuali bersama-sama dengan orang lain(jika anak bulan syawal). Pendapat ini masyhur di kalangan mazhab Ahmad, Malik dan Abu Hanifah.

3.Berpuasa bersama-sama orang lain(jika anak bulan ramadhan) dan berbuka juga bersama-sama orang lain(jika anak bulan syawal). Pendapat ini merupakan yang paling boleh diterima sepertimana kata Syeikh Ibnu Taimiyah berhujah dengan sabda Rasulullah SAW:

"Puasa kamu ialah pada waktu semua sekali berpuasa dan berbuka berbuka juga pada waktu semua berbuka..."

Sebahagian para ilmuan menafsirkan berdasarkan hadis ini bahawa waktu puasa dan berbuka atau raya hendaklah bersama-sama jamaah sepertimana seseorang itu tidak berada di padang arafah berseorangan, bahkan bersama-sama jemaah haji yang lain. begitu juga ia tidak melakukan sembelihan berseorangan.- majmu' fatawa Ibnu Taimiyah

PENETAPAN BULAN RAMADHAN

Pengarang kitab al mufassol iaitu Sheikh Abdul Karim Zaidan menyatakan: Pendapat yang rojih ialah pendapat Zohiriah dan Hanabilah iaitu penetapan bulan Ramadhan dengan menerima saksi daripada seorang yang adil berdasarkan hadis Ibnu Abbas, beliau berkata:

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: Aku telah melihat anak bulan Ramadhan.

"Adakah engkau bersaksi tiada tuhan melainkan Allah?" Tanya Nabi SAW

"Ya" lelaki itu menjawab.

"Dan adakah engkau bersaksi bahawa Mehammad itu pesuruh Allah?"

"Ya" lelaki tersebut menjawab lagi.

"Wahai Bilal, khabarkan pada semua"

Maka semua pun berpuasa pada esok hari. –hadis riwayat abu daud dalam kitab sunan

Ibnu Taimiyah menyebut daripada kata-kata imam ahmad :

"dia hendaklah berpuasa bersama-sama orang ramai sama ada dalam terang ataupun kabur. Tangan Allah adalah bersama jamaah. Bukankah Nabi SAW telah bersabda: jika kamu semua melihatnya(anak bulan ramadhan) maka berpuasalah kamu semua dan juka kamu semua melihatnya(anak bulan syawal) maka berbukalah kamu semua. Bukankah khitob ini kepada jamaah yakni orang ramai? Tetapi bagi orang yang melihat anak bulan tetapi berada di tempat yang tiada orang lain maka baginya puasa pada ketika itu." -majmu' fatawa

PEMBERITAHUAN KEPADA QADI

Orang yang melihat anak bulan perlu memberitahu qadi walaupun penetapan yang dikeluarkan oleh qadi sebenarnya hanyalah fatwa dan ia bukan lah hukum. Bermakna penetapan anak bulan tidak bergantung kepada penetapan qadi.

Sebabnya ialah sebagaimana yang diterangkan oleh Sheikh Abdul Karim Zaidan di dalam "al mufassol" :

"Walaupun penetapan qadi hanyalah fatwa, tetapi ia dibina di atas kesaksian yang muktabar iaitu saksi yang adil. Jadi pemberitahuan adalah daripada qadi kepada semua manusia merujuk kepada saksi yang adil telah melihat anak bulan tersebut. Barangsiapa yang mendengar khabar daripada orang yang adil maka dia perlu berpuasa dan qadi ialah wakil umat islam dalam penerimaan saksi orang yang melihat anak bulan…"

"Jika qadi menetapkan samada telah nampak bulan atau tidak, maka yang rajihnya ialah perlu bagi umat islam mengikutinya kerana penetapan anak bulan dibina di atas penetapan qadi kerana ia adalah dalam perkara ijtihad yang boleh diambil pakai. Penerimaan penetapan daripada qadi lebih baik kerana ia membawa kepada penyatuan umat Islam supaya tidak berpecah belah". -Al mufassol

KABAD

| Selasa, 26 Mei 2009 |

Kehidupan adalah sesuatu yang memenatkan. Kerja sana sini tak henti-henti demi mencari habuan dunia akhirat. Kesusahan dalam setiap pekerjaan pasti berhajat kepada usaha gigih dan bersusah payah. Inilah hakikat kejadian manusia. Sudahlah dilahirkan dengan susah payah kemudian perlu menjalani kehidupan dunia juga dengan erti kepayahan. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia berada dalam keadaan KABAD(susah payah)”.(al balad: 4)

Pilihan yang hilang.

Jika kita letakkan seekor ikan di hadapan seekor kucing, adakah kucing dapat membuat pilihan?

“Tak naklah ikan mentah, nak ikan goreng”.

Sudah pasti kucing tersebut akan makan ikan tersebut tanpa banyak kerenah. Begitu juga dengan haiwan ternakan seperti lembu kambing yang akan terus makan tanpa henti walaupun ia sudah kenyang.

Berbeza dengan perwatakan dan tabiat manusia yang diciptakan dengan kemampuan untuk membuat pilihan. Akal kurniaan tuhan memberi kelebihan kepada manusia untuk membuat keputusan seterusnya membezakan tabiat manusia dan haiwan. Kesusahan manusia dalam membuat pilihan dapat memberi kesan yang baik atau buruk dalam kehidupan. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah dan apabila dia beroleh kesenangan dia sangat bakhil kedekut”. (al ma’arij: 19-21)

Doa tak terijab.

Kadang-kadang manusia mengeluh apabila doa tidak termakbul. Kesan dan hasil yang tidak dilahirkan selepas berdoa dan meminta. Bukankah Allah SWT Maha Memberi dan Maha Pemurah? Lontaran soalan manusia berpandukan kekurangan yang ada pada diri, bukan merujuk kepada ilmu Tuhan SWT.

“Ayah, belikan pistol untuk adik”, pinta Alif.

Adakah anda sebagai seorang ayah akan membelikan pistol untuk anaknya walaupun si anak beralasan bahawa ia adalah sebagai alat pelindung diri. Mudhorat yang sudah tentu diketahui walaupun alasannya munasabah.

Begitu juga dengan doa kita. Mungkin kita berdoa memohon supaya dicurahkan harta yang melimpah ruah atau sihat tubuh badan atau anak yang ramai. Tetapi siapakah yang tahu meramal perkara selepas itu.inilah kekurangan manusia yang tidak ada sama sekali pada tuhan ar Rahim. Firman Allah SWT:

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatau padahal ia buruk bagi kamu dan ingatlah Allah yang mengetahui semua itu sedang kamu tidak mengetahuinya”. (al baqarah: 216)

Kembali kepada iman.

Begitu banyak pengecualian yang disimpulkan di dalam Al-quran bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Bukankah orang mukmin sentiasa merasakan bahawa Allah SWT bersama-sama dengannya dalam setiap amalan.

Allah SWT juga telah berjanji akan membela orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah SWT akan membela orang-orang yang beriman”. (al hajj: 38)

Nabi SAW juga bersabda: “Sesungguhnya setiap urusan orang mukmin semuanya baik dan ia tidak ada kecuali pada mukmin. Jika memperoleh kesenangan dia akan bersyukur dan itulah yang baik baginya. Jika ditimpa kesusahan maka dia akan bersabar dan itulah yang baik baginya.” -Ahmad

USWATUNA

| Isnin, 18 Mei 2009 |

Kehidupan ini adalah dari Allah ta’ala, untuk Allah dan akhirnya akan kembali kepada Allah ta’ala. Kurniaan nyawa, nafas dan nikmat yang diberikan oleh Allah ta’ala tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata untuk pengabdian kita kepada Allah ta’ala. Ingatkah kita akan firman Allah ta’ala yang menjelaskan tujuan hidup kita?

{وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ}(الذاريات/56)

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Bermakna setiap perbuatan dan ucapan seorang muslim yang sebenar hanyalah untuk Allah s.w.t. Suka, kasih, marah atau benci kita kepada seseorang adalah kerana Allah. Cinta kita kepada Allah akan membawa kita kepada cinta kepada Rasulullah. Cinta kita kepada Rasulullah, pasti akan membawa kita kepada cinta Allah. Tidak sekali-kali dapat dipisahkan. Firman Allah ta’ala:

{مَنْ يُطِعْ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا}(النساء/80)

“Barang siapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barang siapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.”

Cinta atau beriman kepada rasul bererti melebihkan cinta ini daripada segala-galanya. Melebihi cinta kepada harta, isteri, keluarga hingga melebihi dirinya sendiri…Ya!!!! Melebihi daripada diri kamu sendiri. Barulah sempurna iman seseorang. Saidina Umar r.a pernah mengatakan kepada Rasulullah s.a.w : Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menyintaimu melebihi semua orang kecuali diriku. Rasulullah mencelah: Tidak wahai Umar, sehingga dirimu sendiri. Umar pun berkata: Ya Rasulullah, sekarang engkau lebih aku sayangi dari diriku. Lalu Rasulullah bersabda: Sekarang ya, wahai Umar(bermakna sekarang barulah sempurna iman kamu). Nabi s.a.w juga bersabda dalam salah satu hadisnya: “Tidak beriman seseorang itu(tidak sempurna imannya) sehinggalah dia menyintaiku melebihi cintanya kepada anak-anaknya, ibu-bapanya dan manusia keseluruhannya.

Tanda cinta kita kepada Rasulullah s.a.w.

1- Mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Sudah kita sebutkan bahawa cinta kita kepada Allah bermakna cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. kerana setiap perintah dan larangan Rasululah s.a.w adalah perintah dan larangan Allah. Firman Allah ta’ala:

{وَمَا يَنْطِقُ عَنْ الْهَوَى}{إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى}(النجم/3)

“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”

Beberapa orang yahudi mengaku bahawa mereka cinta dan kasih kepada Allah, tetapi mereka tidak mahu mengikut perintah Nabi s.a.w. Maka Allah menurunkan ayat ini:

{قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ}(آل عمران/31)

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

2- Mencontohi sunnah dan tauladan Baginda s.a.w.

Tidak dapat dinafikan bahawa Rasulullah s.a.w adalah sebaik baik uswah dan qudwah. Sebaik-baik rasul, penghulu rasul dan nabi bermakna rasulullah s.a.w adalah tauladan bagi seluruh nabi dan umat. Sifat dan akhlak yang terbaik dan terpuji sehingga Saidatina Aisyah menyifatkan bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran. Firman Allah ta’ala:

{لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ }(الأحزاب/21)

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”

3- Sentiasa merindui dan mengingati Nabi s.a.w.

Sepertimana kita merindui orang yang kita sayangi. Cinta dan rindu kepada Nabi s.a.w melebihi segalanya. Dalam tafsir ibnu kathir menyebutkan bahawa datang seorang pemuda ansar kepada Rasulullah s.a.w dalam keadaan sedih. Nabi s.a.w berkata: wahai si fulan, mengapa aku lihat engkau bersedih? Pemuda itu menjawab: Wahai Nabi Allah ada sesuatu yang sedang aku fikirkan, kami sekarang hidup bersamamu, dapat melihat wajahmu dan dapat berdamping denganmu. Kelak, engkau akan diangkat bersama para nabi dan kami tidak dapat lagi bertemu denganmu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa sehinggalah turunnya firman Allah ta’ala:

{وَمَنْ يُطِعْ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُوْلَئِكَ رَفِيقًا}(النساء/69)

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).”

Kemudian Nabi s.a.w memberitahu ayat ini kepada pemuda ansar tadi. Barulah baliau gembira.

4- Mencemuh dan memerangi orang yang menyakiti nabi s.a.w.

Bermakna kita tidak boleh menyokong dan membantu mereka yang menghina nabi dalam bentuk ucapan atau perbuatan mereka. Memang tidak dapat diterima apabila ada manusia dengan sengaja melemparkan atau melukis gambar atau lukisan yang menghina Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini telah terjadi kepada nabi s.a.w sendiri dalam riwayat hidup baginda. Jika pada zaman rasulullah s.a.w masih hidup, para sahabatlah yang menjadi benteng ke atas orang musyrikin yang menyakiti dan menghina Rasulullah. Sekarang selepas kewafatan baginda, kitalah penyambung benteng perjuangan sahabat. Namun, Allah s.w.t berfirman:

{إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ}(الحجر/95)

“Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu(rasulullah) dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu.”

5- Memperbanyakkan selawat ke atas baginda s.a.w.

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Allah s.w.t juga berfirman:

{إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا}(الأحزاب/56)

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

6- Mendalami dan menghayati sirah perjuangan baginda.

Tidak ada ucapan dan perbuatan manusia di dunia yang di ambil sepenuhnya melainkan ucapan baginda Rasulullah s.a.w. Akhlak dan hidup yang seiring dengan fitrah manusia. Perjuangan dan perjalanan yang lahir dari tarbiah Allah ta’ala. Sehingga orang yang tidak beriman pun mengkaji sirah dan ucapan baginda s.a.w. sesuatu yang memalukan apabila mereka yang beriman dan percaya dengan nubuwwah s.a.w tetapi tidak mengendahkan cara hidup dan tidak tahu langsung riwayat hidup baginda s.a.w. Firman Allah ta’ala:

{وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ}(سبأ/28)

“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”

PEMBAHARUAN

| Khamis, 2 April 2009 |

Kejadian manusia adalah untuk menerima hakikat kehambaan dan tunduk kepada tuhan setiap masa dalam semua perkara walaupun melangkau peredaran zaman. Hakikat kurniaan tuhan ada yang bersifat thawabit(tidak boleh berubah) dan mutagayirat(menerima perubahan). Lengkaplah agama islam sebagai satu-satunya agama yang sempurna. Firman Allah ta’ala:
“dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (al anbiya’ : 107)

Permodenan.

Membawa erti pembaharuan dalam sesuatu perkara. Adakah islam menerima pembaharuan atau permodenan? Tidak kira sama ada tajdid dari sudut peralatan atau wasilah, fikrah atau pandangan dan pendapat dalam agama berdasarkan peredaran zaman. Soalan yang mungkin biasa bagi kita. Namun tidak dapat diterima oleh sebilangan masyarakat.

Mencari hakikat perubahan.

Makhluk yang dicipta Allah SWT banyak membuat perubahan bermula dari zaman nabi Adam AS hingga kini. Banyak yang telah berubah secara amnya.. Ustaz Muhammad Abduh di dalam kitab karangannya (islam dan nasrani, antara ilmu dan agama) menyebutkan mauqif ahli gereja pada satu ketika dalam mempertahankan pandangan mereka dan menolak ilmu dan kemajuan.

Seorang saintis berdasarkan hasil kajiannya menyatakan bahawa pelangi bukanlah busur panah dari tuhan untuk menghukum sesiapa yang dia kehendaki, bahkan ia adalah daripada pantulan cahaya matahari pada titisan-titisan air. Maka beliau dibawa ke Rom dan dipenjarakan sehigga menemui ajal. Kemudian dibakar bersama buku-bukunya.

Beberapa orang saintis Amerika menemukan teori berkenaan penggunaan dadah kepada perempuan ketika melahirkan anak supaya tidak berasa sakit. Namun mereka mendapat tentangan hebat daripada pihak gereja kerana bertentangan dengan kandungan taurat bahawa ia akan membebaskan perempuan daripada laknat kerana hakikat kesakitan dalam melahirkan anak. Sedangkan orang Islam telah menemukan teknik perubatan dengan suntikan di bawah kulit. Kemudian teori ini disebarkan ke eropah pada tahun 1721.

Begitu juga dengan teori bentuk muka bumi dan permulaan kematian yang mendapat tentangan hebat daripada pihak gereja yang jumud dalam pandangan perubahan sehingga pada tahun 1481 hingga 1499, mahkamah eropah telah membakar hidup-hidup 10,220 orang dan ramai lagi dengan hukuman yang berbeza.

Keterlaluan!!..

Penerimaan kepada sesuatu yang baru tidak bermakna perlu menolak perkara lama. Ada juga golongan manusia yang menerima pembaharuan dan kemajuan tanpa asas timbangan yang benar tanpa batas. Segala kemajuan dianggap lebih baik dari sebelumnya. Bermakna setiap kelahiran hari ini lebih baik daripada sebelumnya tidak kira dari sudut pandangan, fitrah, taqlid dan syariat. Mereka mahu membuat perubahan dalam semua perkara tanpa mengendahkan perkara-perkara thabit dengan menundukkan fitrah manusia kepada setiap kemajuan.

Fitrah manusia tidak akan berubah sama-sekali. Perubahan hanya pada cara memenuhi fitrah tersebut. Manusia tetap lapar dahaga, perlu makan dan minum. Kalau dahulu manusia hanya makan makanan mentah daripada haiwan dan tumbuhan, kemudian boleh memasak dengan menggunakan kayu api, kemudian dapat menghasilkan minyak dan selepas itu elektrik. Namun tabiat manusia tetap sama.

Seperti yang kita dengar tentang isu songsang Aminah Wadud membenarkan kaum wanita menjadi imam solat berjamaah. Agama jelas menyatakan bahawa imam hendaklah dikalangan lelaki, juga termasuk syarat-syarat menjadi imam solat kecuali jika makmum hanya dikalangan wanita. Atas dasar kebebasan dalam berijtihad berdasarkan zaman, maka diperbolehkan tanpa mengkaji asal hukum tersebut. Pemikiran tanpa batas akan memandu manusia kepada keterbukaan tanpa had.

Begitu juga golongan-golongan yang terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran barat moden seperti sekularisma, liberalisma dan lain-lain tanpa mengambil peduli selok belok dalam beragama. Agama dipisahkan dari urusan dunia secara total sepertimana pepatah arab: “Apa yang dilakukan untuk qaisar hanya berhak bagi qaisar, dan apa yang dilakukan untuk allah hanya berhak bagi Allah” bertentangan dengan agama Islam yang menyeru kepada nilai kehambaan dalam setiap perkara dan setiap masa.

Wasatiah.

Peningkatan kemajuan sebenar pemangkin dalam tamadun Islam yang menapis setiap pembaharuan merujuk kepada dasar al quran dan sunnah. Tidak melampau dalam menerima sebarang pendapat dan tidak terlalu ambil mudah dalam setiap perkara. Sumber-sumber asli tidak boleh ditinggalkan walaupun dunia ditelan zaman. Tetapi perkara-perkara furu’ fiqhiyah, juziyah dan wasilah bersifat dinamik. Allah SWT tidak menyempitkan hambanya dengan perkara-perkara yang menyusahkan dan berat.

Bukankan dahulu mimbar nabi hanya dibina daripada pelepah tamar kemudian berubah rekabentuk seperti yang kita dapat lihat pada hari ini. Begitu juga dengan mushaf yang hanya berbentuk hafalan dan kertas-kertas ringkas dan kemudian dikumpul dan dicetak. Azan juga kini dikumandangkan dengan pembesar suara yang tidak ada pada masa dahulu.

Agama Islam menerima perubahan berdasarkan maslahah mengikut zaman tanpa mendahulukan maslahah atau akal daripada nas-nas agama. Bahkan dalam urusan dunia nabi SAW bersabda: “Kamu lebih mengetahui tentang urusan duniamu”. Bermakna pembaharuan dalam urusan dunia dibenarkan dalam segala bidang seperti perubatan, pertanian, pengurusan rumah dan lain-lain.

Apakah kita masih bersikap jumud dalam menerima pembaharuan sehingga negara-negara barat memandang sebelah mata kepada negara-negara islam?.. Apakah kita pengamal keterbukaan melulu sedangkan Allah SWT melarang hambanya mengambil sistem selain Islam? Biar kita maju berperingkat, bukan terbenam dengan pangkat. Baru terserlah ketinggian islam tanpa had.

IKHLAS YA IKHWATI!!!

| Rabu, 28 Januari 2009 |