Ramai yang menilai solat daripada pergerakan jasadiah. Apabila selesai qiam, rukuk dan sujud bermakna beliau sudah menunaikan solat. Soalan yang perlu ditimbulkan ialah adakah solat kita diterima oleh Allah ta’ala? Penerimaan ibadah solat walaupun ianya sah dari sudut penyempurnaan syarat dan rukun, tetapi penilaiannya hanya dinilai oleh Allah SWT.

Mari bersama menilai dan meneliti amal soleh yang dikerjakan. Rasulullah SAW menyatakan di dalam hadisnya bahawa Allah SWT amat menyukai setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan tekun. Termasuklah dalam ibadah solat. Ibadah yang memerlukan kehadiran jasad dan hati sehinggalah solat benar-benar diterima Allah SWT.

Khusyuk merupakan ilmu yang perlu diterapkan dan diasah supaya tidak hilang tumpuan di dalam solat. Nabi SAW bersabda bahawa ilmu yang pertama akan diangkat daripada manusia ialah khusyuk. Sedar atau tidak, memang kita dapat melihat betapa ramai manusia yang mengerjakan solat. Tetapi bagaimanakah solat mereka?

Sedarlah saudara bahawa solat akan memberi ketenangan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Jika orang bukan islam mencari ketenangan dengan cara bertapa, melakukan yoga dan sebagainya. Kita katakan kepada mereka bahawa islam adalah agama yang membawa ketenangan. Bukankah solat dapat menenangkan jiwa apabila seseorang menjiwai kalam dan ayat-ayat Allah SWT?

Namun, ramai juga yang tidak mendapat ketenangan di dalam solat apabila mereka meninggalkan perkara yang penting di dalam solat iaitu thama’ninah dan khusyuk. Rukun-rukun solat seperti bacaan al-fatihah, rukuk dan sujud hanya dilakukan ala kadar.

Nabi SAW bersabda: “Pencuri yang paling jahat ialah mereka yang mencuri di dalam solatnya.” Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang itu boleh mencuri di dalam solatnya?” Nabi SAW bersabda: “Apabila mereka tidak sempurnakan rukuk dan sujud mereka.”

Betapa ramai manusia yang tidak menyedari hakikat ini. Pernah ketika baginda SAW selesai menunaikan solat berjamaah bersama para sahabat, masuk seorang lelaki dan terus sahaja menunaikan solat, beliau rukuk dan kemudian mematuk(dengan cepat) di dalam sujudnya. Nabi SAW pun bersabda: “Adakah kamu melihatnya? Barangsiapa yang mati dalam keadaan begini(solatnya tidak sempurna), bermakna dia mati bukan dalam agama Muhammad.”

Bagi mereka yang selalu bersegera sehingga meninggalkan thama’ninah(berhenti seketika) dan khusyuk, nilai dan hitunglah diri anda supaya kita tidak rugi di akhirat kelak. Lakukanlah solat sebaik mungkin. Sesungguhnya pencuri yang paling jahat ialah mereka yang mencuri di dalam solat. Wallahua’lam!!!
Pertempuran antara haq dan batil telah lama tercatat dalam lembaran sejarah. Sejak ditiupkan ruh kepada nabi adam ‘alaihissalam sehingga turun ke bumi menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang amat dahsyat hingga kini. Utusan-utusan Allah SWT semuanya mendapat tentangan dari pelbagai pihak yang membela kebatilan. Ada yang diseksa dan dibunuh dengan bermacam cara.

Saudara,

Zaman demi zaman berlalu telah mencatat pelbagai peristiwa natijah daripada pergolakan yang berlaku. Namun, keputusan tetap kembali kepada sunnatullah. Perkara yang thabit tetap tidak akan berubah sama sekali.

“Sesungguhnya Telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (ali imran : 137)
Saudara,

Kemenangan tetap bersama yang benar yakni Islam. Tidak ada yang tinggi melainkan Islam. Namun kekuatan pihak musuh yang kita lihat pada masa kini hanyalah kekuatan yang sementara. Tidak kekal kerana itulah janji Allah SWT bahawa mereka pasti tumbang. Tetapi kebatilan sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan syak wasangka dan syubhat kepada umat Islam agar hilang keyakinan pada agama mereka atau ragu-ragu dengan janji Allah SWT.

Apabila manusia mengambil fikrah bertentangan dengan syariat, iman mula goyah, keyakinan terhadap kemenangan Islam pudar sehingga amal dakwah kian hilang tanpa pimpinan dan qudwah. Sementara pihak musuh pula bersorak gembira melihat hasil natijah hail usaha mereka selama ini. Inilah waktu yang ditunggu-tunggu oleh pihak lawan.

Tetapi kita sebagai muslim perlu sabar dan yakin pada janji tuhan sehingga tetap tujuan dan amalan. Firman Allah ta’ala:

“Dan Bersabarlah kamu, Sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu”. (ar-rum : 60)
Saudara,

Janji tuhan pasti berlaku. buktinya dapat kita lihat daripada apa yang telah berlaku di dalam sejarah Islam. Al quran mencatat kebenaran janji-janji Allah SWT dalam banyak surah dan peristiwa. Semuanya sebagai bukti dan panduan bagi pencari kebenaran. Cuba kita lihat janji Allah SWT di dalam mimpi Nabi Yusuf ‘alaihissalam. Firman Allah ta’ala :

“(ingatlah)ketika Yusuf Berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, Sesungguhnya Aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.” (Yusuf : 4)

Allah SWT menjanjikan kekuasaan kepada Nabi Yusuf dalam mimpinya. Terlaksananya mimpi ini setelah beberapa tahun yang panjang. jika kita perhatikan setelah melalui pelbagai jerih dan akhirnya Nabi Yusuf mendapat kekuasaan di bumi Mesir, mungkin sahaja beliau melupakan mimpinya dan membuka lembaran baru kekuasaannya. Tetapi Tuhan telah menetapkan dan menyusun setiap apa yang berlaku dengan adanya hikmah di setiap peristiwa.

Saudara,

Begitu juga janji Allah SWT kepada ibu Musa ‘alaihissalam setelah melahirkan Musa ‘alaihissalam. Allah maha Kuasa. Menetapkan sesuatu tanpa diduga. Tidak terlintas di fikiran manusia apa yang akan berlaku. Namun Allah SWT telah pun menyusun setiap sesuatu. Firman Allah SWT :

“Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah Dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya Maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, Karena Sesungguhnya kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.” (al-qasas : 7)

Bagaimana seorang ibu sanggup melepaskan seorang anak ke dalam sungai. Namun Tuhan telah berjanji akan memulangkan Musa ke pangkuan ibunya. Musa yang dilahirkan dalam keadaan umat yang tegang nilai akhlak dan kekejaman pemerintah. Firaun pada masa itu mencari-cari anak lelaki untuk dibunuh. Apa yang berlaku pada Musa AS tidak di sangka-sangka. Ketika Musa AS masih bayi, beliau menolak tawaran wanita-wanita yang ingin menyusukan beliau sehinggalah sampai ke pangkuan ibunya. Terbuktilah kebenaran janji tuhan…

Saudara,

Nabi Muhammad SAW di peringkat awal dakwah makkiah berusaha menyeru manusia kepada kalimah laailahaillallah. Nabi SAW berkata : Sebutlah kalimah laailahaillallah maka kamu akan berjaya! Baginda diludah dan ada sebahagiannya yang melempar ke wajah baginda dengan tanah. Ada juga yang menjerut leher baginda SAW seperti yang dilakukan oleh Abdullah bin Mu’aiath. Keadaan ini berterusan sehingga baginda terpaksa menyusun strategi baru unuk berhijrah ke Madinah.

Namun Allah SWT telah menjanjikan sesuatu kepada baginda SAW melalui firmanNya :

“Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah: “Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata”. (al qasas : 85)
Yang dimaksud dengan tempat kembali di sini ialah kota Mekah. Ini adalah suatu janji dari Tuhan bahawa nabi Muhammad SAW akan kembali ke Mekah sebagai orang yang menang.

Saudara,

Di antara janji Allah yang lain ialah Allah SWT menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh kekuasaan di atas muka bumi ini. Syarat yang perlu kita ketahui jika kita ingin mengembalikan khilafah islamiah tertegak di samping keyakinan bahawa janji tuhan pasti akan berlaku. Janganlah kita ragu-ragu pada janji Allah SWT kerana orang yang tidak yakin dengan janji Tuhan tidak akan merasai kelazatan nikmat iman sebenar. Firman Allah SWT :

"Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik."

Saudara,

Seorang muslim ialah manusia yang menyerahkan segala kehidupan mereka total hanya kepada Allah ta’ala. Mereka mengakui dengan qaul hati dan qaul lisan bahawa kehidupan mereka sebenarnya daripada Allah, kerana Allah dan akan kembali kepada Allah. Kepercayaan mereka kepada Allah ta’ala menghasilkan sebuah kekuatan sebenar dengan benteng iman dan batas-batas syariah yang kukuh. Tidak mudah terpengaruh atau berjangkit dengan penyakit-penyakit hati, fikrah kotor dan hasutan-hasutan syaitan.

Mereka menggabungkan diri mereka dengan agama Islam bukan secara warisan atau secara zhohir, tetapi penggabungan syakhsiah mereka berasaskan kefahaman dan keyakinan terhadap usul dan syariah Islam. Akhlak, ibadat dan muamalah semuanya dipraktikkan berlandaskan al-quran dan sunnah. Mereka menjadikan syiar hidup mereka berdasarkan firman Allah ta’ala:

{قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ}

“Katakanlah: Sesungguhnya salat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (al-An’am: 162)

Ustaz Fathi Yakan di dalam bukunya yang masyhur juga banyak menjadi manhaj mubtadi’en usrah berjudul “apa ertiya saya menganut Islam” dalam fasal pertama menjelaskan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang muslim:

1- saya mestilah muslim dari sudut aqidah
2- saya mestilah muslim dari sudut ibadat
3- saya mestilah muslim dari sudut akhlak
4- saya mestilah muslim dari sudut berkeluarga
5- saya mestilah mampu mengawal diri
6- saya mestilah yakin bahawa masa depan di tangan Islam.

Inilah di antara ciri-ciri seorang muslim, mereka bukan muslim hanya pada nama, tetapi mereka benar-benar tahu dan beramal dengan ciri-ciri tersebut.

Saudara,

Ramai manusia yang memahami Islam dengan pemahaman yang cetek. Ada
di antara mereka yang hanya memahami bahawa Islam itu hanya pada ibadah solat, puasa zakat dan haji. Mereka mendakwa berdasarkan hadis Jibril dan asas-asas Islam atau rukun Islam hanya pada lima perkara sahaja sepertimana yang warid di dalam hadis Rasulullah s.a.w. Memang kita tidak menafikan hujah mereka itu tetapi kita harus faham bahawa rukun atau asas-asas Islam itu diibaratkan sebagai tiang-tiang bagi sesuatu binaan. Adakah sesuatu binaan boleh dikatakan siap dengan hanya adanya tiang, tanpa bumbung yang boleh melindunginya daripada hujan, tanpa dinding yang boleh melindungi dirinya daripada ancaman bahaya. Sudah tentu tidak. Begitulah juga Islam yang kita anuti.

Sheikh Sa’id Hawa di dalam kitabnya “Jundullah” menyatakan bahwa beliau pernah menyoal ramai orang yang beragama Islam tentang Islam itu sendiri. Kemudian beliau membuat dua kesimpulan. Pertama: Umat Islam sekarang memahami Islam dengan kefahaman yang berbeza. Kedua: Kebanyakannya hanya memahami dengan kefahaman yang ringkas dan hanya pada sebahagian perkara-perkara kecil sahaja. Bagaimana pula dengan anda?..

Saudara,

Setiap manusia di dunia ini mempunyai fahaman yang berbeza, citarasa tersendiri dan penilaian yang mungkin sama sekali tidak sama dengan yang lain. Dalam riwayat Bukhari Muslim, pernah seorang sahabat datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya apakah perkara yang paling baik bagi Islam? Rasulullah s.a.w menjawab: mereka yang menyelamatkan muslim dengan lidah dan tangannya.

Kemudian datang pula sahabat yang lain bertanyakan soalan yang sama.Rasulullah s.a.w menjawab: Memberi makan dan menyampaikan salam kepada sesiapa sahaja yang dikenali mahupun tidak dikenali. Begitulah Rasulullah s.a.w memberikan jawapan yang berbeza setiap kali ditanya tentang Islam.

Di dalam riwayat yang lain, pernah beberapa orang sahabat bertanya tentang amalan apakah amalan yang pali afdhol? Rasulullah menjawab: Beriman kepada Allah, berjihad dan mengerjakan haji. Pada sahabat yang lain Rasulullah menjawab: Solat pada waktunya. Jawapan yangberbeza.

Tidak ada perselisihan atau pertentangan di dalam jawapan Rasulullah s.a.w kerana Rasulullah s.a.w telah pun memahami dan mengetahui sikap dan perilaku setiap orang yang bertanya. Kepada pemuda digalakkan berjihad dan yang tua perlu diperbanyakkan zikir. Bagi yang kaya digesa supaya bersedekah. Inilah hikmah dalam perbezaan jawapan Rasulullah s.a.w kerana Allah berfirman:

{وَمَا يَنْطِقُ عَنْ الْهَوَى}{إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى}

dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)

Walaupun kita mengetahui perbezaan jawapan yang diberikan oleh Rasulullah, namun akar atau usul kefahaman para sahabat sebenarnya telah kukuh dan mantap. Cuma mereka hanya mengejar amalan untuk mendapatkan syurga Allah. Mereka amat memahami erti Islam yang sebenar .

Berbeza dengan masyarakat zaman ini. Mereka ini hanya mengambil sebahagian perkara daripada Islam dan meninggalkan sebahagian yang lain. Mereka hanya meyakini kewajipan solat dan puasa tanpa meyakini kewajipan mengeluarkan zakat. Ada juga yang berpendapat wajib mengeluarkan zakat tanpa menghiraukan kewajipan menutup aurat. Tudung hanya dipakai ketika solat. Bagi ibu bapa pula, mereka hanya mengambil berat tentang makanan jasadiah dan mengabaikan makanan ruhiyah anak-anak.

Bagi pemimpin pula hanya mementingkan kemajuan dalam pembangunan dan ekonomi tanpa memikirkan jalan untuk membentuk negara Islam dan beramal dengan hukum Islam. Malah yang lebih menyedihkan apabila ada golongan yang hanya beramal dengan al-quran dan menolak as-sunnah. Mereka ini adalah daripada golongan yang disifatkan Allah ta’ala dalam firmannya:

أَ فَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلاَّ خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat.” (al-Baqarah: 85)

Saudara,

Jangan kita melihat Islam hanya pada ibadat dan syiarnya sahaja.tanpa merasai isi dan intinya. Penilaian kepada aspek-aspek di dalam Islam perlu dikaji dan di teliti supaya jelas bukan sahaja bagi para penuntut ilmu agama, malah bagi sesiapa sahaja yang berada di dalam agama ini. Kesyumulan Islam merangkumi :

1-Kesyumulan aqidah Islam
2-Kesyumulan ibadah Islam
3-Kesyumulan akhlak Islam
4-kesyumulan syariah Islam
5-Kesyumulan beriltizam dengan Islam seluruhnya

Firman Allah ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya” (al-Baqarah: 108)

Inilah seruan dari Allah ta’ala dan juga dari kami. Tidak ada agama yang sempurna melainkan Islam. Kekuatan dan keagungan semuanya terletak pada Islam. Biarlah buruk paras rupa tetapi baik pada Islamnya. Biarlah ditindas sedemikian rupa kerana kita pasti kembali kepada sang pencipta.

ليس العيد لمن لبس الجديد ولكنه لمن خاف يوم الوعيد

Sedar tidak sedar, kita telahpun meninggalkan bulan ramadhan. Bulan yang dipenuhi dengan ibadat pada seluruh waktu siang dan beribadat pada malamnya. Bukan untuk menyeksa tubuh dan jasad, tetapi ibadat yang dilakukan adalah semata-mata untuk mencari redha dan rahmat sehingga kita sampai ke puncak ketaqwaan yang sebenar. Puasa merangkumi keperluan jasadian, ‘aqliah dan ruhaniah. Keperluan inilah yang akan membawa manusia menuju taqwa yang dikehendaki daripada madrasah ramadhan.

Pengalaman beriktikaf di Yemen cukup memberi makna. Masjid-masjid giat menyediakan tempat dan makanan untuk mereka yang beriktikaf. Dengan suasana imam dan makmum yang turut memberi kesan kepada ibadah iktikaf dan qiam.

Dalam hadis aisyah meriwayatkan bahawa nabi s.a.w apabila masuk sepuluh akhir ramadhan, baginda mengikat kainnya menandakan kesungguhan untuk beribadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahlinya untuk beribadat.[1]

Hadis yang lain pula ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w beriktikaf sepuluh akhir ramadhan sehingga baginda meninggal.[2]

Ramai orang Islam tak kira di Malaysia, Yemen atau di negara-negara lain mengejar ganjaran sepuluh akhir ramadhan dengan beriktikaf. Namun di sana masih ada mereka yang memberat-beratkan ibadah beriktikaf sebahagian orang merasa terbeban dengan fiqh iktikaf yang diberikan.

“Haaa..! anta pergi mana ni….keluar ye..batal iktikaf anta!!” kata salah seorang ahli iktikaf.

“Bangun bangun!!! Anta ni iktikaf ka? Asyik tidur jaa..” kata mushrif iktikaf.

“ish…tak nak lah ikut muhadhoroh..ana datang nak baca quran jaa….”

Perlu diketahui bahawa larangan dalam beriktikaf hanya dua.

1- keluar daripada masjid. Kerana melanggar rukun iktikaf iaitu al-habsu
2- berjimak. Firman Allah ta’ala: “Janganlah kamu campuri mereka ketika kamu sedang beriktikaf di dalam masjid.”[3]

Menjadi masalah kepada sebahagian mereka yang beriktikaf apabila memahami bahawa keluar daripada masjid akan membatalkan iktikaf mereka. Perlu dibezakan di antara iktikaf sunat dan iktikaf wajib.

Ibadah iktikaf berbeza dengan ibadah solat di mana ibadah solat akan batal pada solat sunat atau solat fardhu apabila seseorang melakukan perkara yang membatalkan solat. Solat itu dikira tidak sah dan perlu di ulang jika ia solat fardhu.

Berbeza dengan iktikaf di mana apabila seseorang melakukan iktikaf sunat dan keluar daripada masjid dengan sengaja. Maka iktikaf yang telah dilakukan tidak rosak dan batal. Dia hanya perlu masuk ke dalam masjid dengan niat yang baru jika beliau hendak beriktikaf semula. Berbeza pula dengan iktikaf wajib yang syarat bilangan harinya mesti berturut-turut. Maka jika seseorang keluar dengan sengaja pada ketika ini, iktikafnya batal dan ibadahnya perlu mula dari awal.[4]

Begitu juga dengan amalan yang dilakukan ketika beriktikaf. Di dalam kitab majmuk menyebutkan bahawa syafei’iah berkata: awla bagi orang yang beriktikaf menyibukkan diri dengan melakukan ketaatan seperti solat, tasbih, zikir dan membaca al-quran dan juga dengan ilmu samada belajar atau mengajar atau menela’ah kitab.[5]

Jika ada sebahagian masjid telah pun disusun dengan aktiviti-aktiviti tertentu seperti muhadhoroh atau muzakarah, tidak salah jika kita menghadirinya walaupun ia bukanlah ibadah mahdhoh selagi ia memberi manfaat.

Tidak perlu memberat-beratkan mereka yang ingin beriktikaf lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan ibadah iktikaf. Perkara seperti ini akan menjadikan mereka yang baru terasa berat dan tertekan atau pun boleh sahaja sehingga mereka terus meninggalkan ibadah ini.

[1] Al-lu’lu’u wal marjan : 730
[2] Al-lu’lu’u wal marjan : 725
[3] Al baqarah : 187
[4] Rujuk al-mufashol dr karim zaidan
[5] Majmuk nawawi
Sebahagian wanita sering mendirikan solat tarawih di masjid. Ada di antara mereka yang keluar tanpa mendapat keizinan si suami sehingga ketika di masjid kamu dapat mendengar suara mereka sedang bercakap-cakap. Apakah hukum solat mereka? Adakah solat tarawih wajib bagi mereka?

Jawapan sheikh yusof Abdullah al Qaradawi.

Bismillahirrahmanirrahim, wassolatuwassalamualarasulillah, waba’du,

Solat seorang wanita di rumah lebih baik daripada ia solat di masjid selagimana tidak ada tujuan di sebalik perjalanan ia ke masjid semata-mata untuk menunaikan solat. Contohnya seperti mendengar ceramah agama, pengajian ilmu atau mendengar bacaan al-quran daripada qari yang baik. Bagi tujuan-tujuan ini adalah lebih afdhol untuk mereka ke masjid.

Solat tarawih tidak diwajibkan ke atas kaum wanita dan tidak juga bagi lelaki. Bahkan hukumnya sunat dan mempunyai kelebihan yang amat besar di sisi Allah ta’ala. Diriwayatkan oleh Bukhari Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan bulan ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosanya yang lalu.”

Barangsiapa yang solat tarawih dengan kekhusyukan, ketenangan, keimanan dan penuh pengharapan, solat subuh tepat pada waktunya maka dia telah mendirikan ramadhan serta berhak mendapat ganjarannya.

Ini merangkumi lelaki dan wanita seluruhnya. Kecuali solat wanita di rumah adalah lebih baik daripada solat di masjid selagimana tidak ada tujuan lain selain solat seperti yang telah disebutkan tadi. Terutamanya pada zaman sekarang apabila si suami tidak dapat memberi kefahaman ilmu kepada si isteri. Apatah lagi apabila kaum lelaki tidak dapat memberi peringatan dan pengetahuan kepada isteri mereka. Maka tidak ada cara lain kecuali masjid yang perlu dijadikan sandaran. Bagi keadaan ini mereka perlu merebut peluang ke masjid dan tidak ada masalah di antara mereka dan masjid.

Lebih-lebih lagi bagi wanita yang tidak mempunyai minat dan kesungguhan untuk solat tarawih berseorangan apabila berada di rumah, berbeza jika ia berada di masjid dan beribadat secara berjamaah.

Bagi wanita yang keluar dari rumahnya walaupun ke masjid, mereka perlu mendapat keizinan daripada suami. Suami ialah ketua rumah dan keluarga. Memberi ketaatan kepadanya adalah wajib selagi mana suami tidak mengarahkan supaya meninggalkan perkara wajib atau tidak menyuruh melakukan maksiat. Dalam perkara ini isteri tidak perlu mendengar atau mentaati suami.

Suami tidak mempunyai hak melarang isteri mereka ke masjid selagi tidak ada sebab halangan yang kukuh. Dinyatakan di dalam hadis muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu menghalang hamba(perempuan) Allah SWT dari masjid Allah SWT.”

Perkara yang menghalang mestilah muktabar dari segi syarak. Contohnya ketika suami sakit dan berhajat kepada isteri di sisi untuk menjaga dan memenuhi hajatnya. Atau pun mempunyai anak kecil yang mungkin merbahaya jika ditinggalkan keseorangan di rumah tanpa ada orang memerhatinya. Itu adalah beberapa contoh perkara yang menghalang atau kesempatan yang diterima akal.

Jika anak-anak yang dibawa bercakap-cakap dan mengganggu para jemaah yang sedang menunaikan solat dengan tangisan dan teriakan, maka tidak perlu membawa mereka bersama. Begitulah walaupun dibenarkan membawa anak-anak ketika menunaikan solat lima waktu kerana solatnya tidak lama, perlu dicegah lebih-lebih lagi pada solat tarawih dengan tempoh solatnya yang lama lebih kurang satu jam sehingga anak-anak tidak sabar dengan ibu-ibu mereka.

Adapun perbualan wanita di dalam masjid, perkara ini sama sahaja bagi lelaki. Tidak dibenarkan mengangkat suara tanpa sebab. Apatah lagi bercakap-cakap tentang dunia. Masjid tidak dijadikan untuk ini, tetapi untuk beribadah dan mendapatkan ilmu.

Bagi muslimah yang menjaga agamanya perlu mendiamkan diri ketika berada di dalam masjid sehingga tidak mengganggu orang yang sedang solat atau orang yang sedang berada dalam majlis ilmu. Jika berhajat untuk bercakap, mestilah dengan suara yang rendah setakat yang didengari, tidak terkeluar dari kehormatan dan kesopanan dalam percakapan, pakaian dan cara berjalan.

Suka kiranya saya mengatakan bahawa sebahagian lelaki melakukan banyak pembaziran ketika bersama wanita dengan menyempitkan sesuatu perkara ke atas mereka. Tidak menyokong fikrah bahawa perempuan boleh keluar ke masjid dengan meletakkan dinding kayu yang tinggi memisahkan lelaki dan perempuan dan mengatakan tidak wujud perkara ini di zaman Nabi SAW sehingga melarang wanita daripada melihat gerak geri solat imam kecuali hanya mendengar dengan suara. Jadi tidak hairanlah apabila kamu melihat kaum lelaki yang begini membenarkan diri mereka sendiri bercakap-cakap dan berbual di dalam masjid sehingga tidak membenarkan perempuan berbisik-bisik dengan jiran walaupun tentang urusan agama. Ini adalah pendapat yang tidak seimbang. Sifat cemburu yang keji ialah seperti yang disebut di dalam hadis: “Sesungguhnya cemburu itu adalah apa yang dibenci Allah dan rasulNya.” Ianya cemburu tanpa syak wasangka.

Kehidupan moden kini telah membuka ruang yang banyak kepada kaum wanita. Ada yang keluar dari rumah ke sekolah, jamiah, pasar dan banyak tempat lagi. Tinggallah kekosongan pada sebaik-baik tempat dan afdhol iaitu masjid. Saya menyeru supaya memberikan ruang kepada kaum wanita mendekati rumah Allah SWT demi mendapatkan kebaikan, mendengar peringatan dan mendapatkan kefahaman agama. Tidak mengapa walaupun di sebaliknya ada sedikit keseronokan bagi mereka tanpa ada maksiat selagimana mereka keluar dengan berkelumbung dan menjaga kehormatan jauh daripada tabarruj yang terlarang.

Sumber: terjemahan daripada qaradawi.net

اللهُمَّ بِكَ أُصُول، وبِكَ أَجُولُ، وبِكَ أَسِيرُ.

اللهُمَّ بِكَ آمَنْتُ، ولَكَ أَسْلَمْتُ، وعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ.
اللهم بك أصْبَحْنَا، وبك أمْسَيْنَا، وبك نحَيْاَ، وبك نمَوتُ، وإلَيْكَ المَصِيرُ، اللهم إنَّا أصْبَحْنَا نَشْهَدُكَ، ونَشْهَدُ حمَلَةَ عَرْشِكَ، وملائِكَتَكَ، وجمِيعَ خَلْقِكَ إِنَّكَ أَنْتَ اللهَ، لا إله إلا أنْتَ، وأنَّ محمدًا عَبْدُكَ ورَسُولُكَ.

رَبَّنا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّك أنْتَ السَّمِيعُ العَلِيمُ، وتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أنْتَ التَّوَّابُ الرَّحْيمُ، اللهم تُبْ عَلَيْنَا تَوْبَةً نَصُوحاً، نجُدِّدْ بهِا إيمَانَنَا، وتُغْسَلْ بهِا قُلُوبَنَا، وتُغْفَرْ بهِا ذُنُوبَنَا، وتُبَدِّلْ بهِا سَيِّئَاتِنَا حَسَنَاتٍ.

اللهم تقَبَّلْ صَلاَتَنَا وصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وتِلاَوَتَنَا، وصَالحَِ أعْمَالَنَا، اللهم ومَا قَصَرْنَا فِيهِ فَاغْفِرْهُ لَنَا إِنَّكَ أنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.

اللهم يا مُقَلِّبَ القُلُوبُ والأَبْصَارُ، ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ، ولا تُزِغْ قُلوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا، ولا تَفْتِنَّا في دِينِنا، واجْعَلْ يَوْمَنَا خَيراً مِنْ أَمْسِنا، واجْعَلْ غَدَّنا خَيراً مِن يَومِنا، واجْعَل خَيرَ أعْمارِنَا أَواخِرَها، وخَيرَ أعْمَالِنَا خَوَاتِيمَهَا، وخَيرَ أيَّامِنَا يَومَ نَلقَاكَ.

اللهم جَلَّتْ قُدْرَتُكَ، وتَعالَتْ حِكْمَتُكَ، وتَبارَكَ اسمُكَ، وتعالىَ جَدُّكَ، ولا إله غيرك.

اللهم جمِّلْنَا بالعَافِيَةِ، وكَمِّلْنَا باليَقِينِ، واخْتِمْ لَنَا بالسَّعَادَةِ.

Sumber: terjemahan dari laman qaradawi.net

Apakah hukum ruqiyah (jampi atau berubat) dengan ayat-ayat al Quran atau doa-doa yang ma’thur daripada Nabi SAW?

روى مسلم عن عوف بن مالك قال : كنا نرقى في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله كيف ترى في ذلك ؟ فقال : " اعرضوا على رقاكم، لا بأس بالرقى، ما لم يكن فيه شرك ". (مسلم، كتاب السلام، باب لا بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك، حديث 2200

Diriwayatkan daripada Muslim daripada ‘Auf bin Malik berkata: kami pernah mengamalkan ruqyah ketika jahiliah. Maka kami berkata: Ya Rasulallah, bagaimanakah pandangan engkau tentang itu? Rasulullah SAW bersabda: “Tunjukkan cara jampimu, tidak mengapa dengan ruqiyah selagi ia tidak ada unsur-unsur syirik.”

وروى عن جابر : نهى رسول الله -صلى الله عليه وسلم- عن الرقى، فجاء آل عمرو بن حزم فقالوا : يا رسول الله، إنه كانت عندنا رقية نرقى بها من العقرب ! قال : فعرضوا عليه، فقال: " ما أرى بأسًا، من استطاع أن ينفع أخاه فلينفعه " (مسلم، باب استحباب الرقية من العين والنملة والحمة والنظرة، حديث 2199.

Diriwayatkan pula daripada Jabir bahawa Nabi SAW menegah daripada melakukan ruqyah. Maka datanglah keluarga Amru bin Hazim berkata: Ya Rasulallah! kami menggunakan ruqiyah untuk berubat daripada kala jengking. Maka mereka memperlihatkan kepada baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah mengapa. Sesiapa yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya maka lakukan.”

Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani RH berkata: “…..sesetengah golongan berpegang dengan dalil secara umum, maka mereka membolehkan segala bentuk ruqyah yang memberi manfaat, tidak masuk akal maksudnya. Tetapi hadis Auf menunjukkan bahawa segala jenis ruqyah yang mengandungi unsur syirik adalah dilarang. Apa yang tidak masuk akal maksudnya tidak dijamin mengundang kepada syirik. Larangannya adalah sebagai langkah berhati-hati juga perlu disertakan dengan syarat-syarat yang lain. (Fathul Bari)

Ruqiyah thabit oleh syarak samada dari sunnah qauliah (perkataan), fi’liah (perbuatan) ataupun taqririah (pengakuan). Nabi SAW sendiri pernah menggunakan ruqiyah kepada para sahabat dan Jibril AS juga pernah menggunakan ruqiyah terhadap Nabi SAW dan ada juga diperintahkan sahabat beramal dengan ruqiyah dan baginda merestui (tidak melarang) sahabat-sahabatnya yang mengamalkan ruqyah.

Daripada Aisyah RA bahawa apabila datang seseorang yang mengadu ditimpa kecederaaan atau luka, baginda berkata: (dengan meletakkan jari telunjuknya ke tanah dan mengangkatnya) seraya berkata: dengan nama Allah, ini tanah bumi kami, dengan air liur sebahagian daripada kami, aku ubatimu, sembuhkan dengannya orang yang sakit di kalangan kami dengan izin dari tuhan kami, (muttafaqun ‘alaih – al Lu’lu’ wal Marjan) makna hadis, Nabi SAW meletakkan air liurnya sendiri ke atas jari telunjuknya, kemudian meletakkannya ke ke atas tanah padanya sehingga melekat sebahagian tanah lalu menyapu ke atas tempat luka kecederaan sambil membaca doa tersebut. Juga ada riwayat daripada Aisyah RA bahawa apabila Rasulullah SAW berasa sakit, Jibril AS akan menjampi Rasulullah SAW.

Daripada Abi Sa’id RA bahawa Jibril AS datang bertemu Nabi SAW dan berkata: Adakah kau mengadu kesakitan? Nabi SAW menjawab: “Ya”. Jibril AS berkata: Dengan nama Allah aku jampi kamu daripada segala apa yang menyakitimu, dari setiap jiwa dan ‘ain hasad. Semoga Allah sembuhkan kamu. Dengan nama Allah aku sembuhkan engkau. (Muslim:2156)

Daripada Aisyah RA juga bahawa Nabi SAW apabila sakit baginda membaca mu’awwizat (tiga qul) dan meniupkan kepada dirinya sendiri. Jika baginda terlalu sakit, aku akan membacakan untuknya dan menyapukan dengan tangannya sendiri mengharapkan berkat dari bacaan tersebut. (muttafaqun ‘alaih: 1415) yang dimaksudkan dengan tiup ialah dengan tiupan lembut tanpa mengeluarkan air liur.

Daripada Aisyah RA bahawa Nabi SAW pernah menyuruhnya menggunakan ruqiyah daripada ‘ain. (muttafaqun ‘alaih: 1418)

Daripada Jabir RA bahawa Nabi SAW berkata kepada Asma’ binti ‘Umais RA: “Mengapa aku lihat tubuh kaum saudaraku kurus-kurus? Adakah mereka terkena sesuatu?” Asma’ RA berkata: “Tidak, tetapi mereka terkena ‘ain.” Nabi SAW berkata: “Jampilah mereka.” Asma’ RA berkata: “Maka aku tunjukkan kepadanya”. SAW berkata: “Jampilah mereka (dengan apa yang telah kau tunjukkan)” (Muslim: 2198)

Berkata seorang kepada sahabat yang menjampi salah seorang ketua kabilah semasa dalam perjalanan dengan membaca surah al Fatihah dan diberikan kepadanya upah sebahagian daging kambing. Sahabat tersebut enggan menerimanya sehingga beliau bertanya kepada Nabi SAW. Maka baginda diberitahu tentang peristiwa tersebut. Sahabat berkata: aku tidak menjampinya kecuali dengan membaca surah al Fatihah. Lalu Nabi SAW bersabda: “Ambillah upah tersebut dan berikan sebahagian (daripada upah) kepadaku.” (muttafaqun ‘alaih: 1420)

إلهنا: منا ما يليق بجهلنا، ومنك ما يليق بحلمك، ومنا ما يليق بلؤمنا ومنك ما يليق بكرمك، منا ما يليق بضعفنا ومنك ما يليق بقدرتك، منا ما يليق ببشريتنا ومنك ما يليق بربوبيتك، منا ما يليق بالطين والحمأ المسنون، ومنك ما يليق بالحي القيوم
.
إلهنا: لن نضيع وأنت حسبنا ونعم الوكيل.

ولن نضام وأنت لنا نعم المولى ونعم النصير.

ولن نخذل، ونحن بعينك التي لا تنام، وفي كنفك الذي لا يرام.

اللهم باعد بيني وبين خطاياي كما باعدت بين المشرق والمغرب، اللهم اغسلني من خطاياي بالماء والثلج والبرد. اللهم نقني من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس

اللهم بارك لي في سمعي وبصري، وعلمي وعملي، ورزقي وعافيتي، ووقتي وعمري، وجميع ما أنعمت به علي.اللهم بعلمك الغيب، وقدرتك على الخلق، أحيني ما علمت الحياة خيرا لي، وتوفني إذا علمت الوفاة خيرا لي، اللهم وأسألك خشيتك في الغيب والشهادة، وأسألك كلمة الحق في الرضا والغضب، وأسألك القصد في الفقر والغنى، وأسألك نعيما لا ينفد، وأسألك الرضا بعد القضاء، وأسألك برد العيش بعد الموت، وأسألك لذة النظر إلى وجهك، والشوق إلى لقائك، في غير ضراء مضرة، ولا فتنة مضلة، اللهم زينا بزينة الإيمان، واجعلنا هداة مهتدين

sumber: Qardhawi.net

Ramainya pencuri…….

| Isnin, 17 November 2008 |

Janji Tuhan Pasti Berlaku....

| Rabu, 5 November 2008 |

Anda seorang muslim……

| Selasa, 28 Oktober 2008 |

eid mubarak!!!..

| Jumaat, 3 Oktober 2008 |

ليس العيد لمن لبس الجديد ولكنه لمن خاف يوم الوعيد

pandangan dalam beriktikaf

| |

Solat tarawih bagi wanita.

| Khamis, 28 Ogos 2008 |

top up doa2...

| |

اللهُمَّ بِكَ أُصُول، وبِكَ أَجُولُ، وبِكَ أَسِيرُ.

اللهُمَّ بِكَ آمَنْتُ، ولَكَ أَسْلَمْتُ، وعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ.
اللهم بك أصْبَحْنَا، وبك أمْسَيْنَا، وبك نحَيْاَ، وبك نمَوتُ، وإلَيْكَ المَصِيرُ، اللهم إنَّا أصْبَحْنَا نَشْهَدُكَ، ونَشْهَدُ حمَلَةَ عَرْشِكَ، وملائِكَتَكَ، وجمِيعَ خَلْقِكَ إِنَّكَ أَنْتَ اللهَ، لا إله إلا أنْتَ، وأنَّ محمدًا عَبْدُكَ ورَسُولُكَ.

رَبَّنا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّك أنْتَ السَّمِيعُ العَلِيمُ، وتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أنْتَ التَّوَّابُ الرَّحْيمُ، اللهم تُبْ عَلَيْنَا تَوْبَةً نَصُوحاً، نجُدِّدْ بهِا إيمَانَنَا، وتُغْسَلْ بهِا قُلُوبَنَا، وتُغْفَرْ بهِا ذُنُوبَنَا، وتُبَدِّلْ بهِا سَيِّئَاتِنَا حَسَنَاتٍ.

اللهم تقَبَّلْ صَلاَتَنَا وصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وتِلاَوَتَنَا، وصَالحَِ أعْمَالَنَا، اللهم ومَا قَصَرْنَا فِيهِ فَاغْفِرْهُ لَنَا إِنَّكَ أنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.

اللهم يا مُقَلِّبَ القُلُوبُ والأَبْصَارُ، ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ، ولا تُزِغْ قُلوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا، ولا تَفْتِنَّا في دِينِنا، واجْعَلْ يَوْمَنَا خَيراً مِنْ أَمْسِنا، واجْعَلْ غَدَّنا خَيراً مِن يَومِنا، واجْعَل خَيرَ أعْمارِنَا أَواخِرَها، وخَيرَ أعْمَالِنَا خَوَاتِيمَهَا، وخَيرَ أيَّامِنَا يَومَ نَلقَاكَ.

اللهم جَلَّتْ قُدْرَتُكَ، وتَعالَتْ حِكْمَتُكَ، وتَبارَكَ اسمُكَ، وتعالىَ جَدُّكَ، ولا إله غيرك.

اللهم جمِّلْنَا بالعَافِيَةِ، وكَمِّلْنَا باليَقِينِ، واخْتِمْ لَنَا بالسَّعَادَةِ.

ruqyah.....boleh ka?

| Isnin, 25 Ogos 2008 |

Sumber: terjemahan dari laman qaradawi.net

Apakah hukum ruqiyah (jampi atau berubat) dengan ayat-ayat al Quran atau doa-doa yang ma’thur daripada Nabi SAW?

روى مسلم عن عوف بن مالك قال : كنا نرقى في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله كيف ترى في ذلك ؟ فقال : " اعرضوا على رقاكم، لا بأس بالرقى، ما لم يكن فيه شرك ". (مسلم، كتاب السلام، باب لا بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك، حديث 2200

Diriwayatkan daripada Muslim daripada ‘Auf bin Malik berkata: kami pernah mengamalkan ruqyah ketika jahiliah. Maka kami berkata: Ya Rasulallah, bagaimanakah pandangan engkau tentang itu? Rasulullah SAW bersabda: “Tunjukkan cara jampimu, tidak mengapa dengan ruqiyah selagi ia tidak ada unsur-unsur syirik.”

وروى عن جابر : نهى رسول الله -صلى الله عليه وسلم- عن الرقى، فجاء آل عمرو بن حزم فقالوا : يا رسول الله، إنه كانت عندنا رقية نرقى بها من العقرب ! قال : فعرضوا عليه، فقال: " ما أرى بأسًا، من استطاع أن ينفع أخاه فلينفعه " (مسلم، باب استحباب الرقية من العين والنملة والحمة والنظرة، حديث 2199.

Diriwayatkan pula daripada Jabir bahawa Nabi SAW menegah daripada melakukan ruqyah. Maka datanglah keluarga Amru bin Hazim berkata: Ya Rasulallah! kami menggunakan ruqiyah untuk berubat daripada kala jengking. Maka mereka memperlihatkan kepada baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah mengapa. Sesiapa yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya maka lakukan.”

Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani RH berkata: “…..sesetengah golongan berpegang dengan dalil secara umum, maka mereka membolehkan segala bentuk ruqyah yang memberi manfaat, tidak masuk akal maksudnya. Tetapi hadis Auf menunjukkan bahawa segala jenis ruqyah yang mengandungi unsur syirik adalah dilarang. Apa yang tidak masuk akal maksudnya tidak dijamin mengundang kepada syirik. Larangannya adalah sebagai langkah berhati-hati juga perlu disertakan dengan syarat-syarat yang lain. (Fathul Bari)

Ruqiyah thabit oleh syarak samada dari sunnah qauliah (perkataan), fi’liah (perbuatan) ataupun taqririah (pengakuan). Nabi SAW sendiri pernah menggunakan ruqiyah kepada para sahabat dan Jibril AS juga pernah menggunakan ruqiyah terhadap Nabi SAW dan ada juga diperintahkan sahabat beramal dengan ruqiyah dan baginda merestui (tidak melarang) sahabat-sahabatnya yang mengamalkan ruqyah.

Daripada Aisyah RA bahawa apabila datang seseorang yang mengadu ditimpa kecederaaan atau luka, baginda berkata: (dengan meletakkan jari telunjuknya ke tanah dan mengangkatnya) seraya berkata: dengan nama Allah, ini tanah bumi kami, dengan air liur sebahagian daripada kami, aku ubatimu, sembuhkan dengannya orang yang sakit di kalangan kami dengan izin dari tuhan kami, (muttafaqun ‘alaih – al Lu’lu’ wal Marjan) makna hadis, Nabi SAW meletakkan air liurnya sendiri ke atas jari telunjuknya, kemudian meletakkannya ke ke atas tanah padanya sehingga melekat sebahagian tanah lalu menyapu ke atas tempat luka kecederaan sambil membaca doa tersebut. Juga ada riwayat daripada Aisyah RA bahawa apabila Rasulullah SAW berasa sakit, Jibril AS akan menjampi Rasulullah SAW.

Daripada Abi Sa’id RA bahawa Jibril AS datang bertemu Nabi SAW dan berkata: Adakah kau mengadu kesakitan? Nabi SAW menjawab: “Ya”. Jibril AS berkata: Dengan nama Allah aku jampi kamu daripada segala apa yang menyakitimu, dari setiap jiwa dan ‘ain hasad. Semoga Allah sembuhkan kamu. Dengan nama Allah aku sembuhkan engkau. (Muslim:2156)

Daripada Aisyah RA juga bahawa Nabi SAW apabila sakit baginda membaca mu’awwizat (tiga qul) dan meniupkan kepada dirinya sendiri. Jika baginda terlalu sakit, aku akan membacakan untuknya dan menyapukan dengan tangannya sendiri mengharapkan berkat dari bacaan tersebut. (muttafaqun ‘alaih: 1415) yang dimaksudkan dengan tiup ialah dengan tiupan lembut tanpa mengeluarkan air liur.

Daripada Aisyah RA bahawa Nabi SAW pernah menyuruhnya menggunakan ruqiyah daripada ‘ain. (muttafaqun ‘alaih: 1418)

Daripada Jabir RA bahawa Nabi SAW berkata kepada Asma’ binti ‘Umais RA: “Mengapa aku lihat tubuh kaum saudaraku kurus-kurus? Adakah mereka terkena sesuatu?” Asma’ RA berkata: “Tidak, tetapi mereka terkena ‘ain.” Nabi SAW berkata: “Jampilah mereka.” Asma’ RA berkata: “Maka aku tunjukkan kepadanya”. SAW berkata: “Jampilah mereka (dengan apa yang telah kau tunjukkan)” (Muslim: 2198)

Berkata seorang kepada sahabat yang menjampi salah seorang ketua kabilah semasa dalam perjalanan dengan membaca surah al Fatihah dan diberikan kepadanya upah sebahagian daging kambing. Sahabat tersebut enggan menerimanya sehingga beliau bertanya kepada Nabi SAW. Maka baginda diberitahu tentang peristiwa tersebut. Sahabat berkata: aku tidak menjampinya kecuali dengan membaca surah al Fatihah. Lalu Nabi SAW bersabda: “Ambillah upah tersebut dan berikan sebahagian (daripada upah) kepadaku.” (muttafaqun ‘alaih: 1420)

TOP UP doa sebelum ramadhan!!!!!!

| Rabu, 20 Ogos 2008 |