Sumber: terjemahan dari laman qaradawi.net
Apakah hukum ruqiyah (jampi atau berubat) dengan ayat-ayat al Quran atau doa-doa yang ma’thur daripada Nabi SAW?
روى مسلم عن عوف بن مالك قال : كنا نرقى في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله كيف ترى في ذلك ؟ فقال : " اعرضوا على رقاكم، لا بأس بالرقى، ما لم يكن فيه شرك ". (مسلم، كتاب السلام، باب لا بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك، حديث 2200
Diriwayatkan daripada Muslim daripada ‘Auf bin Malik berkata: kami pernah mengamalkan ruqyah ketika jahiliah. Maka kami berkata: Ya Rasulallah, bagaimanakah pandangan engkau tentang itu? Rasulullah SAW bersabda: “Tunjukkan cara jampimu, tidak mengapa dengan ruqiyah selagi ia tidak ada unsur-unsur syirik.”
وروى عن جابر : نهى رسول الله -صلى الله عليه وسلم- عن الرقى، فجاء آل عمرو بن حزم فقالوا : يا رسول الله، إنه كانت عندنا رقية نرقى بها من العقرب ! قال : فعرضوا عليه، فقال: " ما أرى بأسًا، من استطاع أن ينفع أخاه فلينفعه " (مسلم، باب استحباب الرقية من العين والنملة والحمة والنظرة، حديث 2199.
Diriwayatkan pula daripada Jabir bahawa Nabi SAW menegah daripada melakukan ruqyah. Maka datanglah keluarga Amru bin Hazim berkata: Ya Rasulallah! kami menggunakan ruqiyah untuk berubat daripada kala jengking. Maka mereka memperlihatkan kepada baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah mengapa. Sesiapa yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya maka lakukan.”
Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani RH berkata: “…..sesetengah golongan berpegang dengan dalil secara umum, maka mereka membolehkan segala bentuk ruqyah yang memberi manfaat, tidak masuk akal maksudnya. Tetapi hadis Auf menunjukkan bahawa segala jenis ruqyah yang mengandungi unsur syirik adalah dilarang. Apa yang tidak masuk akal maksudnya tidak dijamin mengundang kepada syirik. Larangannya adalah sebagai langkah berhati-hati juga perlu disertakan dengan syarat-syarat yang lain. (Fathul Bari)
Ruqiyah thabit oleh syarak samada dari sunnah qauliah (perkataan), fi’liah (perbuatan) ataupun taqririah (pengakuan). Nabi SAW sendiri pernah menggunakan ruqiyah kepada para sahabat dan Jibril AS juga pernah menggunakan ruqiyah terhadap Nabi SAW dan ada juga diperintahkan sahabat beramal dengan ruqiyah dan baginda merestui (tidak melarang) sahabat-sahabatnya yang mengamalkan ruqyah.
Daripada Aisyah RA bahawa apabila datang seseorang yang mengadu ditimpa kecederaaan atau luka, baginda berkata: (dengan meletakkan jari telunjuknya ke tanah dan mengangkatnya) seraya berkata: dengan nama Allah, ini tanah bumi kami, dengan air liur sebahagian daripada kami, aku ubatimu, sembuhkan dengannya orang yang sakit di kalangan kami dengan izin dari tuhan kami, (muttafaqun ‘alaih – al Lu’lu’ wal Marjan) makna hadis, Nabi SAW meletakkan air liurnya sendiri ke atas jari telunjuknya, kemudian meletakkannya ke ke atas tanah padanya sehingga melekat sebahagian tanah lalu menyapu ke atas tempat luka kecederaan sambil membaca doa tersebut. Juga ada riwayat daripada Aisyah RA bahawa apabila Rasulullah SAW berasa sakit, Jibril AS akan menjampi Rasulullah SAW.
Daripada Abi Sa’id RA bahawa Jibril AS datang bertemu Nabi SAW dan berkata: Adakah kau mengadu kesakitan? Nabi SAW menjawab: “Ya”. Jibril AS berkata: Dengan nama Allah aku jampi kamu daripada segala apa yang menyakitimu, dari setiap jiwa dan ‘ain hasad. Semoga Allah sembuhkan kamu. Dengan nama Allah aku sembuhkan engkau. (Muslim:2156)
Daripada Aisyah RA juga bahawa Nabi SAW apabila sakit baginda membaca mu’awwizat (tiga qul) dan meniupkan kepada dirinya sendiri. Jika baginda terlalu sakit, aku akan membacakan untuknya dan menyapukan dengan tangannya sendiri mengharapkan berkat dari bacaan tersebut. (muttafaqun ‘alaih: 1415) yang dimaksudkan dengan tiup ialah dengan tiupan lembut tanpa mengeluarkan air liur.
Daripada Aisyah RA bahawa Nabi SAW pernah menyuruhnya menggunakan ruqiyah daripada ‘ain. (muttafaqun ‘alaih: 1418)
Daripada Jabir RA bahawa Nabi SAW berkata kepada Asma’ binti ‘Umais RA: “Mengapa aku lihat tubuh kaum saudaraku kurus-kurus? Adakah mereka terkena sesuatu?” Asma’ RA berkata: “Tidak, tetapi mereka terkena ‘ain.” Nabi SAW berkata: “Jampilah mereka.” Asma’ RA berkata: “Maka aku tunjukkan kepadanya”. SAW berkata: “Jampilah mereka (dengan apa yang telah kau tunjukkan)” (Muslim: 2198)
Berkata seorang kepada sahabat yang menjampi salah seorang ketua kabilah semasa dalam perjalanan dengan membaca surah al Fatihah dan diberikan kepadanya upah sebahagian daging kambing. Sahabat tersebut enggan menerimanya sehingga beliau bertanya kepada Nabi SAW. Maka baginda diberitahu tentang peristiwa tersebut. Sahabat berkata: aku tidak menjampinya kecuali dengan membaca surah al Fatihah. Lalu Nabi SAW bersabda: “Ambillah upah tersebut dan berikan sebahagian (daripada upah) kepadaku.” (muttafaqun ‘alaih: 1420)

0 comments:
Catat Ulasan