Sedar tidak sedar, kita telahpun meninggalkan bulan ramadhan. Bulan yang dipenuhi dengan ibadat pada seluruh waktu siang dan beribadat pada malamnya. Bukan untuk menyeksa tubuh dan jasad, tetapi ibadat yang dilakukan adalah semata-mata untuk mencari redha dan rahmat sehingga kita sampai ke puncak ketaqwaan yang sebenar. Puasa merangkumi keperluan jasadian, ‘aqliah dan ruhaniah. Keperluan inilah yang akan membawa manusia menuju taqwa yang dikehendaki daripada madrasah ramadhan.
Pengalaman beriktikaf di Yemen cukup memberi makna. Masjid-masjid giat menyediakan tempat dan makanan untuk mereka yang beriktikaf. Dengan suasana imam dan makmum yang turut memberi kesan kepada ibadah iktikaf dan qiam.
Dalam hadis aisyah meriwayatkan bahawa nabi s.a.w apabila masuk sepuluh akhir ramadhan, baginda mengikat kainnya menandakan kesungguhan untuk beribadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahlinya untuk beribadat.[1]
Hadis yang lain pula ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w beriktikaf sepuluh akhir ramadhan sehingga baginda meninggal.[2]
Ramai orang Islam tak kira di Malaysia, Yemen atau di negara-negara lain mengejar ganjaran sepuluh akhir ramadhan dengan beriktikaf. Namun di sana masih ada mereka yang memberat-beratkan ibadah beriktikaf sebahagian orang merasa terbeban dengan fiqh iktikaf yang diberikan.
“Haaa..! anta pergi mana ni….keluar ye..batal iktikaf anta!!” kata salah seorang ahli iktikaf.
“Bangun bangun!!! Anta ni iktikaf ka? Asyik tidur jaa..” kata mushrif iktikaf.
“ish…tak nak lah ikut muhadhoroh..ana datang nak baca quran jaa….”
Perlu diketahui bahawa larangan dalam beriktikaf hanya dua.
1- keluar daripada masjid. Kerana melanggar rukun iktikaf iaitu al-habsu
2- berjimak. Firman Allah ta’ala: “Janganlah kamu campuri mereka ketika kamu sedang beriktikaf di dalam masjid.”[3]
Menjadi masalah kepada sebahagian mereka yang beriktikaf apabila memahami bahawa keluar daripada masjid akan membatalkan iktikaf mereka. Perlu dibezakan di antara iktikaf sunat dan iktikaf wajib.
Ibadah iktikaf berbeza dengan ibadah solat di mana ibadah solat akan batal pada solat sunat atau solat fardhu apabila seseorang melakukan perkara yang membatalkan solat. Solat itu dikira tidak sah dan perlu di ulang jika ia solat fardhu.
Berbeza dengan iktikaf di mana apabila seseorang melakukan iktikaf sunat dan keluar daripada masjid dengan sengaja. Maka iktikaf yang telah dilakukan tidak rosak dan batal. Dia hanya perlu masuk ke dalam masjid dengan niat yang baru jika beliau hendak beriktikaf semula. Berbeza pula dengan iktikaf wajib yang syarat bilangan harinya mesti berturut-turut. Maka jika seseorang keluar dengan sengaja pada ketika ini, iktikafnya batal dan ibadahnya perlu mula dari awal.[4]
Begitu juga dengan amalan yang dilakukan ketika beriktikaf. Di dalam kitab majmuk menyebutkan bahawa syafei’iah berkata: awla bagi orang yang beriktikaf menyibukkan diri dengan melakukan ketaatan seperti solat, tasbih, zikir dan membaca al-quran dan juga dengan ilmu samada belajar atau mengajar atau menela’ah kitab.[5]
Jika ada sebahagian masjid telah pun disusun dengan aktiviti-aktiviti tertentu seperti muhadhoroh atau muzakarah, tidak salah jika kita menghadirinya walaupun ia bukanlah ibadah mahdhoh selagi ia memberi manfaat.
Tidak perlu memberat-beratkan mereka yang ingin beriktikaf lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan ibadah iktikaf. Perkara seperti ini akan menjadikan mereka yang baru terasa berat dan tertekan atau pun boleh sahaja sehingga mereka terus meninggalkan ibadah ini.
[1] Al-lu’lu’u wal marjan : 730
[2] Al-lu’lu’u wal marjan : 725
[3] Al baqarah : 187
[4] Rujuk al-mufashol dr karim zaidan
[5] Majmuk nawawi

0 comments:
Catat Ulasan