Post info

Comments 0

Author: akhtar_7

Ramai yang menilai solat daripada pergerakan jasadiah. Apabila selesai qiam, rukuk dan sujud bermakna beliau sudah menunaikan solat. Soalan yang perlu ditimbulkan ialah adakah solat kita diterima oleh Allah ta’ala? Penerimaan ibadah solat walaupun ianya sah dari sudut penyempurnaan syarat dan rukun, tetapi penilaiannya hanya dinilai oleh Allah SWT.

Mari bersama menilai dan meneliti amal soleh yang dikerjakan. Rasulullah SAW menyatakan di dalam hadisnya bahawa Allah SWT amat menyukai setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan tekun. Termasuklah dalam ibadah solat. Ibadah yang memerlukan kehadiran jasad dan hati sehinggalah solat benar-benar diterima Allah SWT.

Khusyuk merupakan ilmu yang perlu diterapkan dan diasah supaya tidak hilang tumpuan di dalam solat. Nabi SAW bersabda bahawa ilmu yang pertama akan diangkat daripada manusia ialah khusyuk. Sedar atau tidak, memang kita dapat melihat betapa ramai manusia yang mengerjakan solat. Tetapi bagaimanakah solat mereka?

Sedarlah saudara bahawa solat akan memberi ketenangan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Jika orang bukan islam mencari ketenangan dengan cara bertapa, melakukan yoga dan sebagainya. Kita katakan kepada mereka bahawa islam adalah agama yang membawa ketenangan. Bukankah solat dapat menenangkan jiwa apabila seseorang menjiwai kalam dan ayat-ayat Allah SWT?

Namun, ramai juga yang tidak mendapat ketenangan di dalam solat apabila mereka meninggalkan perkara yang penting di dalam solat iaitu thama’ninah dan khusyuk. Rukun-rukun solat seperti bacaan al-fatihah, rukuk dan sujud hanya dilakukan ala kadar.

Nabi SAW bersabda: “Pencuri yang paling jahat ialah mereka yang mencuri di dalam solatnya.” Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang itu boleh mencuri di dalam solatnya?” Nabi SAW bersabda: “Apabila mereka tidak sempurnakan rukuk dan sujud mereka.”

Betapa ramai manusia yang tidak menyedari hakikat ini. Pernah ketika baginda SAW selesai menunaikan solat berjamaah bersama para sahabat, masuk seorang lelaki dan terus sahaja menunaikan solat, beliau rukuk dan kemudian mematuk(dengan cepat) di dalam sujudnya. Nabi SAW pun bersabda: “Adakah kamu melihatnya? Barangsiapa yang mati dalam keadaan begini(solatnya tidak sempurna), bermakna dia mati bukan dalam agama Muhammad.”

Bagi mereka yang selalu bersegera sehingga meninggalkan thama’ninah(berhenti seketika) dan khusyuk, nilai dan hitunglah diri anda supaya kita tidak rugi di akhirat kelak. Lakukanlah solat sebaik mungkin. Sesungguhnya pencuri yang paling jahat ialah mereka yang mencuri di dalam solat. Wallahua’lam!!!

0 comments:

Ramainya pencuri…….

| Isnin, 17 November 2008 |