Datang seorang pemuda kepada as-syahid dan bertanya.
“Apa pandangan ustaz tentang masalah tawassul?”
As-syahid menjawab: “ Akhi, aku rasa kamu bukan hanya hendak bertanya tentang soalan ini sahaja. Malah kamu juga pasti mahu bertanya tentang selawat selepas azan, membaca surah kahfi pada hari jumaat, lafaz as saiyidah kepada rasul semasa duduk tasyahhud dan selawat ke atas ibu bapa nabi SAW. Juga tentang bacaan al quran, adakah sampai pahalanya kepada orang mati atau tidak dan tentang halaqah yang di anjurkan oleh ahli ahli tariqat, adakah ia maksiat atau ibadah?!”
Selepas berbual beberapa ketika, as-syahid memilih dua orang ahli masjid. Orang yang pertama bermazhab hanafi dan yang kedua bermazhab syafi’ei.
“Aku akan mengimami dua orang lelaki ini”……….
“Apa yang akan kamu buat dengan bacaan fatihah wahai orang yang bermazhab hanafi?”.
Jawab lelaki hanafi: “Aku akan diam dan tidak akan membaca fatihah”.
“Bagaimana pula dengan kamu wahai orang yang bermazhab syafi’ei?”.
Jawab lelaki syafi’ei: “Aku akan membaca fatihah dan semestinya”.
As syahid menyambung: “Dan apabila kita telah selesai menunaikan solat,apa pandangan kamu wahai lelaki syafi’ei tentang solat saudaramu yang bermazhab hanafi?”. “Solatnya batal kerana dia tidak membaca fatihahyang merupakan salah satu rukun daripada rukun-rukun solat”.
“Bagaimana pula pandangan kamu wahai lelaki hanafi?”. “Dia telah melakukan perkara yang makruh”, jawab lelaki hanafi.
“Adakah kamu berdua saling mengingkari perbuatan saudaramu?”. Tanya as syahid.
“Tidak!”. Mereka berdua menjawab.
As syahid membuat kesimpulan: “Subhanallah! Nampaknya kamu dapat berdiam dalam keadaan ini sedangkan ini adalah masalah sah dan batal solat. Jadi tidak menjadi masalah jika kamu semua membenarkan orang yang solat apabila mereka melafazkan allahummasolli’alamuhammad atau allahummasolli’alasaiyidinamuhammad”.

Saudara,
Hidup yang menjanjikan kemenangan hanya berpihak kepada mereka yang beriman dan beramal soleh. Antara hakikat sebenar dan pesona gambaran. HAQQIQ MA FIL QURAN!!!.. Kita perlu membenarkan kandungan al-quran, barulah realiti akan terhasil. An-nasr wa tamkin yang sebenar termaktub di dalam al quran. Adakah kita tidak yakin?
Apa yang kita lihat sekarang ialah realiti kebenaran al-quran. Perang Amerika-Iraq, Israel-Palestin dan sebagainya membenarkan kebenaran al-quran. Islam tidak dijajah dan tidak akan dijajah sama sekali kerana Allah SWT pasti akan menjaga agama Islam dengan bangkitnya pembela kebenaran. Oleh itu, kita perlu bernarkan kandungan al-quran!!!...
Saudara,
Al-quran telah mencatatkan sifat-sifat orang kafir yahudi dan nasrani. Berselindung, melanggar perjanjian dan bebohong adalah di antara sifat mereka.
Firman Allah: “Sesungguhnya Sejahat-jahat (makhluk) Yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang kafir (yang degil dengan kekufurannya). sebab itu mereka tidak (mahu) beriman. (Iaitu) orang-orang yang Engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu).” (Surah al Anfal: 55-56) Imam ‘Atho menyebut di dalam tafsir al Qurtubi: Ia adalah perjanjian di antara SAW dan yahudi seperti perbuatan yahudi bani quraizah dan bani nadhir.
Saudara,
Mereka telahpun membenarkan kandungan al-quran dengan menunjukkan sikap mereka, kerana itu mereka berjaya menjajah pemikiran dan mengasingkan tanah umat islam. Mereka dapat apa yang mereka mahu satu per satu. Wajah mereka adalah wajah yahudi sebenar. Sifat-sifat mereka juga adalah sifat orang kafir sebenar, sepertimana kandungan al-quran.
Tetapi umat islam kini tidak menunjukkan sifat mereka sebenar. Peribadi mereka hanya gambaran khayalan. Pengakuan syahadah palsu mudah diungkap tanpa mengerti kefahaman al-wala’ wal bara’. Iman punca kelemahan sebenar.
Firman Allah SWT: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”. (Surah an nur: 55-56) Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya: Ini adalah janji Allah SWT kepada kepada rasulnya bahawa Ia akan menjadikan umat islam sebagai pemerintah bumi dan Allah SWT telah pun menunaikan janjinya. Tidak wafat Rasulullah SAW melainkan baginda berjaya membuka Mekah, Khaibar, Bahrain dan seluruh jazirah arab termasuk Yaman.
Firman Allah SWT: ““Kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman”. (ali imran: 139) Iman merupakan sebab kemenangan. Hakikat yang masih belum terlaksana oleh umat islam. Gambaran tipuan rupa sahaja tidak dapat menjanjikan kemenangan kerana iman lahir daripada hati lisan dan amal. Saudara jangan hanya menyaksikan siri peperangan yang berlaku kini, ingat bahawa kita juga mempunyai peranan jihad menolak anasir-anasir jahiliah yang ada. Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mati tidak sempat berperang dan tidak berniat untuk berperang, maka dia mati dalam salah satu cabang kemunafikan”.-muslim
Penyelesaian khilafiah antara mazhab.
Posted by
akhtar_7
|
Rabu, 28 Januari 2009
|
HAQQIQ MA FIL QURAN!!!
Posted by
akhtar_7
|
Isnin, 19 Januari 2009

Langgan:
Catatan (Atom)