Post info

Comments 0

Author: akhtar_7

Datang seorang pemuda kepada as-syahid dan bertanya.

“Apa pandangan ustaz tentang masalah tawassul?”

As-syahid menjawab: “ Akhi, aku rasa kamu bukan hanya hendak bertanya tentang soalan ini sahaja. Malah kamu juga pasti mahu bertanya tentang selawat selepas azan, membaca surah kahfi pada hari jumaat, lafaz as saiyidah kepada rasul semasa duduk tasyahhud dan selawat ke atas ibu bapa nabi SAW. Juga tentang bacaan al quran, adakah sampai pahalanya kepada orang mati atau tidak dan tentang halaqah yang di anjurkan oleh ahli ahli tariqat, adakah ia maksiat atau ibadah?!”

Selepas berbual beberapa ketika, as-syahid memilih dua orang ahli masjid. Orang yang pertama bermazhab hanafi dan yang kedua bermazhab syafi’ei.

“Aku akan mengimami dua orang lelaki ini”……….

“Apa yang akan kamu buat dengan bacaan fatihah wahai orang yang bermazhab hanafi?”.

Jawab lelaki hanafi: “Aku akan diam dan tidak akan membaca fatihah”.

“Bagaimana pula dengan kamu wahai orang yang bermazhab syafi’ei?”.

Jawab lelaki syafi’ei: “Aku akan membaca fatihah dan semestinya”.

As syahid menyambung: “Dan apabila kita telah selesai menunaikan solat,apa pandangan kamu wahai lelaki syafi’ei tentang solat saudaramu yang bermazhab hanafi?”. “Solatnya batal kerana dia tidak membaca fatihahyang merupakan salah satu rukun daripada rukun-rukun solat”.
“Bagaimana pula pandangan kamu wahai lelaki hanafi?”. “Dia telah melakukan perkara yang makruh”, jawab lelaki hanafi.

“Adakah kamu berdua saling mengingkari perbuatan saudaramu?”. Tanya as syahid.

“Tidak!”. Mereka berdua menjawab.

As syahid membuat kesimpulan: “Subhanallah! Nampaknya kamu dapat berdiam dalam keadaan ini sedangkan ini adalah masalah sah dan batal solat. Jadi tidak menjadi masalah jika kamu semua membenarkan orang yang solat apabila mereka melafazkan allahummasolli’alamuhammad atau allahummasolli’alasaiyidinamuhammad”.

0 comments:

Penyelesaian khilafiah antara mazhab.

| Rabu, 28 Januari 2009 |