Ramai yang menilai solat daripada pergerakan jasadiah. Apabila selesai qiam, rukuk dan sujud bermakna beliau sudah menunaikan solat. Soalan yang perlu ditimbulkan ialah adakah solat kita diterima oleh Allah ta’ala? Penerimaan ibadah solat walaupun ianya sah dari sudut penyempurnaan syarat dan rukun, tetapi penilaiannya hanya dinilai oleh Allah SWT.
Mari bersama menilai dan meneliti amal soleh yang dikerjakan. Rasulullah SAW menyatakan di dalam hadisnya bahawa Allah SWT amat menyukai setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan tekun. Termasuklah dalam ibadah solat. Ibadah yang memerlukan kehadiran jasad dan hati sehinggalah solat benar-benar diterima Allah SWT.
Khusyuk merupakan ilmu yang perlu diterapkan dan diasah supaya tidak hilang tumpuan di dalam solat. Nabi SAW bersabda bahawa ilmu yang pertama akan diangkat daripada manusia ialah khusyuk. Sedar atau tidak, memang kita dapat melihat betapa ramai manusia yang mengerjakan solat. Tetapi bagaimanakah solat mereka?
Sedarlah saudara bahawa solat akan memberi ketenangan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Jika orang bukan islam mencari ketenangan dengan cara bertapa, melakukan yoga dan sebagainya. Kita katakan kepada mereka bahawa islam adalah agama yang membawa ketenangan. Bukankah solat dapat menenangkan jiwa apabila seseorang menjiwai kalam dan ayat-ayat Allah SWT?
Namun, ramai juga yang tidak mendapat ketenangan di dalam solat apabila mereka meninggalkan perkara yang penting di dalam solat iaitu thama’ninah dan khusyuk. Rukun-rukun solat seperti bacaan al-fatihah, rukuk dan sujud hanya dilakukan ala kadar.
Nabi SAW bersabda: “Pencuri yang paling jahat ialah mereka yang mencuri di dalam solatnya.” Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang itu boleh mencuri di dalam solatnya?” Nabi SAW bersabda: “Apabila mereka tidak sempurnakan rukuk dan sujud mereka.”
Betapa ramai manusia yang tidak menyedari hakikat ini. Pernah ketika baginda SAW selesai menunaikan solat berjamaah bersama para sahabat, masuk seorang lelaki dan terus sahaja menunaikan solat, beliau rukuk dan kemudian mematuk(dengan cepat) di dalam sujudnya. Nabi SAW pun bersabda: “Adakah kamu melihatnya? Barangsiapa yang mati dalam keadaan begini(solatnya tidak sempurna), bermakna dia mati bukan dalam agama Muhammad.”
Bagi mereka yang selalu bersegera sehingga meninggalkan thama’ninah(berhenti seketika) dan khusyuk, nilai dan hitunglah diri anda supaya kita tidak rugi di akhirat kelak. Lakukanlah solat sebaik mungkin. Sesungguhnya pencuri yang paling jahat ialah mereka yang mencuri di dalam solat. Wallahua’lam!!!

Saudara,
Zaman demi zaman berlalu telah mencatat pelbagai peristiwa natijah daripada pergolakan yang berlaku. Namun, keputusan tetap kembali kepada sunnatullah. Perkara yang thabit tetap tidak akan berubah sama sekali.
“Sesungguhnya Telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. (ali imran : 137)
Saudara,
Kemenangan tetap bersama yang benar yakni Islam. Tidak ada yang tinggi melainkan Islam. Namun kekuatan pihak musuh yang kita lihat pada masa kini hanyalah kekuatan yang sementara. Tidak kekal kerana itulah janji Allah SWT bahawa mereka pasti tumbang. Tetapi kebatilan sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan syak wasangka dan syubhat kepada umat Islam agar hilang keyakinan pada agama mereka atau ragu-ragu dengan janji Allah SWT.
Apabila manusia mengambil fikrah bertentangan dengan syariat, iman mula goyah, keyakinan terhadap kemenangan Islam pudar sehingga amal dakwah kian hilang tanpa pimpinan dan qudwah. Sementara pihak musuh pula bersorak gembira melihat hasil natijah hail usaha mereka selama ini. Inilah waktu yang ditunggu-tunggu oleh pihak lawan.
Tetapi kita sebagai muslim perlu sabar dan yakin pada janji tuhan sehingga tetap tujuan dan amalan. Firman Allah ta’ala:
“Dan Bersabarlah kamu, Sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu”. (ar-rum : 60)
Saudara,
Janji tuhan pasti berlaku. buktinya dapat kita lihat daripada apa yang telah berlaku di dalam sejarah Islam. Al quran mencatat kebenaran janji-janji Allah SWT dalam banyak surah dan peristiwa. Semuanya sebagai bukti dan panduan bagi pencari kebenaran. Cuba kita lihat janji Allah SWT di dalam mimpi Nabi Yusuf ‘alaihissalam. Firman Allah ta’ala :
“(ingatlah)ketika Yusuf Berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, Sesungguhnya Aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.” (Yusuf : 4)
Allah SWT menjanjikan kekuasaan kepada Nabi Yusuf dalam mimpinya. Terlaksananya mimpi ini setelah beberapa tahun yang panjang. jika kita perhatikan setelah melalui pelbagai jerih dan akhirnya Nabi Yusuf mendapat kekuasaan di bumi Mesir, mungkin sahaja beliau melupakan mimpinya dan membuka lembaran baru kekuasaannya. Tetapi Tuhan telah menetapkan dan menyusun setiap apa yang berlaku dengan adanya hikmah di setiap peristiwa.
Saudara,
Begitu juga janji Allah SWT kepada ibu Musa ‘alaihissalam setelah melahirkan Musa ‘alaihissalam. Allah maha Kuasa. Menetapkan sesuatu tanpa diduga. Tidak terlintas di fikiran manusia apa yang akan berlaku. Namun Allah SWT telah pun menyusun setiap sesuatu. Firman Allah SWT :
“Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah Dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya Maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, Karena Sesungguhnya kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.” (al-qasas : 7)
Bagaimana seorang ibu sanggup melepaskan seorang anak ke dalam sungai. Namun Tuhan telah berjanji akan memulangkan Musa ke pangkuan ibunya. Musa yang dilahirkan dalam keadaan umat yang tegang nilai akhlak dan kekejaman pemerintah. Firaun pada masa itu mencari-cari anak lelaki untuk dibunuh. Apa yang berlaku pada Musa AS tidak di sangka-sangka. Ketika Musa AS masih bayi, beliau menolak tawaran wanita-wanita yang ingin menyusukan beliau sehinggalah sampai ke pangkuan ibunya. Terbuktilah kebenaran janji tuhan…
Saudara,
Nabi Muhammad SAW di peringkat awal dakwah makkiah berusaha menyeru manusia kepada kalimah laailahaillallah. Nabi SAW berkata : Sebutlah kalimah laailahaillallah maka kamu akan berjaya! Baginda diludah dan ada sebahagiannya yang melempar ke wajah baginda dengan tanah. Ada juga yang menjerut leher baginda SAW seperti yang dilakukan oleh Abdullah bin Mu’aiath. Keadaan ini berterusan sehingga baginda terpaksa menyusun strategi baru unuk berhijrah ke Madinah.
Namun Allah SWT telah menjanjikan sesuatu kepada baginda SAW melalui firmanNya :
“Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah: “Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata”. (al qasas : 85)
Yang dimaksud dengan tempat kembali di sini ialah kota Mekah. Ini adalah suatu janji dari Tuhan bahawa nabi Muhammad SAW akan kembali ke Mekah sebagai orang yang menang.
Saudara,
Di antara janji Allah yang lain ialah Allah SWT menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh kekuasaan di atas muka bumi ini. Syarat yang perlu kita ketahui jika kita ingin mengembalikan khilafah islamiah tertegak di samping keyakinan bahawa janji tuhan pasti akan berlaku. Janganlah kita ragu-ragu pada janji Allah SWT kerana orang yang tidak yakin dengan janji Tuhan tidak akan merasai kelazatan nikmat iman sebenar. Firman Allah SWT :
"Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik."
Ramainya pencuri…….
Janji Tuhan Pasti Berlaku....
Pertempuran antara haq dan batil telah lama tercatat dalam lembaran sejarah. Sejak ditiupkan ruh kepada nabi adam ‘alaihissalam sehingga turun ke bumi menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang amat dahsyat hingga kini. Utusan-utusan Allah SWT semuanya mendapat tentangan dari pelbagai pihak yang membela kebatilan. Ada yang diseksa dan dibunuh dengan bermacam cara.